Followers

Saturday, August 31, 2013

1,000 warga Bangladesh masuk secara haram setiap hari ?

 
Kira-kira 1,000 warga asing Bangladesh memasuki Malaysia secara tidak sah setiap hari dan menggunakan dokumen palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa (gambar).

Beliau berkata, kes pemerdagangan manusia ini berlaku membabitkan kerjasama beberapa pihak di Malaysia dan Bangladesh.


"Beribu-ribu warga Bangladesh memasuki negara kita melalui visa pelancong setiap bulan untuk bekerja di sini."Pada setiap hari, enam pesawat dari Dhaka mendarat di KLIA dengan kira-kira 1,000 penumpang menggunakan visa pelancong. Saya difahamkan majoriti daripada mereka bukan pelancong tulen tetapi datang dengan tujuan mencari kerja," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

Sivarasa berkata, kebanyakannya tidak pulang ke Dhaka dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan malah warga asing berkenaan dapat memperoleh dokumen palsu dengan harga 32,000 Taka Bangladesh atau RM1,300 bagi mendapatkan dokumen itu.

Beliau mendedahkan pihak yang terlibat ialah ejen jualan am Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang beroperasi di Bangladesh iaitu Union Tours and Travel Limited (UTT), kakitangan di bahagian pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan kakitangan Imigresen di KLIA.

Katanya, sejak UTT dilantik oleh MAS, penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia meningkat kepada dua pesawat sehari.

"Peranan UTT di Dhaka ialah bersekongkol dengan kakitangan pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi di Dhaka bagi memastikan mereka yang menggunakan visa pelancong tidak menghadapi masalah ketika daftar masuk di Lapangan Terbang Dhaka.

"Imigresen di KLIA juga terlibat dalam jenayah ini dengan tidak memeriksa setiap penumpang secara rapi. Kelalaian ini mengakibatkan pekerja Bamgladesh dieksploitasi di tempat kerja oleh majikan atau tempat mereka ditahan.

"Sikap sambil lewa memberi kerugian kepada negara kerana tidak dapat mengutip yuran pekerja asing yang berkhidmat secara sah," katanya.

Sivarasa berkata, amalan haram ini mendapat liputan meluas di Bangladesh dan akhbar tempatan giat melaporkan keadaan salah laku itu. - 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.