Semasa kecik2 dulu apabila sarkas datang bermain di padang bola, Kuala Berang, maka banyak rumah akan kehilangan ayam, telur, basikal, kasut dan sebagainya......ini kerana ramai kutu kampong yang datang merembat apa saja untuk dijual untuk beli tiket sarkas.
Kalau udah lama tak tengok sarkas tak payah pergi jauh2......tengok saja dalam amenu......penuh dengan badut-badut...tunggu saja semasa Perhimpunan Agung di PWTC penghujung tahun ini.
Ada badut tua...muda...gemuk...kurus...semuanya cuba mengadu nasib buat 'penonton' gelak ketawa. Ada yang cuba buat lompat tinggi...silap haribulan jatuh menonggeng...ada yang bergayut dibuaian tinggi...silap haribulan ter'londeh' seluar......macam-macam ada, habaq hang.
al-brangionline:
Transformasi politik yang hanyaq amenu saja boleh buat tafsiran......kakaka
_________________________________________________________________________
Isa sah tanding Naib Presiden Umno
Tiga kerusi itu terbuka kepada semua. Tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR: Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mengumumkan akan
bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.
Menurut beliau, tiga kerusi itu terbuka kepada semua.
Katanya, tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding.
“Maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut,” katanya
ketika berbual dengan kawan-kawan rapatnya selepas majlis berbuka puasa
FELDA di Wisma FELDA malam tadi.
Beliau yang juga ahli parlimen Jempol pernah memenangi kerusi itu pada
tahun 2004 selain dari bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam
dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau digantung keahliannya
setelah mendapati terlibat dalam politik wang pada tahun 2005.
Pada tahun 2010, selepas menjalani hukuman digantung keahlian sebagai
ahli Umno selama lima tahun, beliau dipilih sebagai calon pilihanraya
kecil Bagan Pinang. Selepas memenangi pilihanraya itu, bekas Menteri
Besar Negeri Sembilan itu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi FELDA
sehinggalah hari ini.
“Saya minta tolong kawan-kawan berkempen untuk saya,” katanya. Sehingga
kini dua orang penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal
dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengesahkan akan
mempertahankan jawatan. Manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein belum lagi berbuat demikian.
Selain dari Isa, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said
Keruak dijangka bertanding juga. Beliau belum lagi mengesahkan sama ada
mahu bertanding atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.