Sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak
Niaga Holdings Bhd (PNHB) hari ini mempertahankan keputusan untuk
memberi pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi
eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.
Pengerusi Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran
Abdullah mereka meluluskan cadangan tersebut, yang dibentangkan di
mesyuarat agung tahunan PNHB.
"Anda mesti faham, ini adalah orang yang mengasaskan syarikat ini 20
tahun lalu. Atas sekali sumbangannya, para pemegang saham bersetuju
dengan bayaran ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Katanya, beliau secara peribadi berpendapat Rozali berhak menerima
imbuhan tersebut dan mendakwa golongan yang membangkitkan isu berkenaan
bukan terdiri dari golongan pemegang saham kepada syarikat pemegang
konsesi air itu.
Ditanya lanjut mengenai perkara itu, Muhammad Imran berkata beliau dan
pemegang saham terababit lebih prihatin mengenai dividen dan pulangan
mereka, dan menambah usul mengenai ganjaran tersebut telahpun
diputuskan.
Isu ganjaran berkenaan dipersoalkan oleh MP Klang Charles Santiago yang
menyifatkannya sebagai keputusan “tidak beretika dan tidak
bertanggungjawab” memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.