Followers

Thursday, July 4, 2013

Kes Rogol Kontroversi Sabah: Lebam di Bahagian Selaput Dara



Mangsa dakwa dinoda ‘Joey’ di air terjun

[HM] Kota Kinabalu: Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, mangsa memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Joey’ merogolnya di kawasan air terjun Kionsom, Inanam, pada 18 Februari lalu.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Dr Munawwirah Ismail berkata, dia diberitahu mengenai perkara itu ketika berbual sebelum melakukan pemeriksaan fizikal terhadap mangsa.

“Saya melakukan pemeriksaan selepas mangsa disyaki dirogol atas permintaan penjaga dan polis.

“Sebelum menjalankan pemeriksaan, saya berbual dengan mangsa dan dia (mangsa) menyatakan dirogol pada 18 Februari 2013 oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Joey’,” katanya.

Munawwirah berkata demikian ketika memberi keterangan perbicaraan kes rogol membabitkan Pengurus Restoran Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun enam bulan di dalam sebuah kereta di Inanam kira-kira 10 pagi pada 18 Februari lalu.

Ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad, saksi berkenaan turut mengakui mangsa ada memaklumkan dia dipaksa melakukan persetubuhan.

Terdahulu, perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Effizah Ernie Idris dan Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili Loretto J Padua.

Namun, Munawwirah mengakui tiada koyakan pada selaput dara kerana selaput dara mangsa bersifat kenyal atau elastik, tetapi terdapat kesan calar dan lebam disebabkan tekanan atau kemasukan objek tumpul dan keras seperti jari, zakar atau timun.

Ketika menjawab soalan Effizah, Munawwirah bersetuju kes berkenaan boleh dikategorikan sebagai rogol dengan mengambil kira keputusan ujian asid deoksribonukleik (DNA) Jabatan Kimia yang menemui campuran profil lelaki dan perempuan dalam sampel putik kapas diambil daripada kemaluan mangsa.

Ketika disoal balas Loretto, Munawwirah memberitahu sudah mengendalikan kira-kira 15 kes berkaitan rogol sejak bertugas di bahagian Obstetrik dan Ginekologi.
 
Duniacacamarba
Perbicaraan bersambung hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.