Saksikan secara langsung "FOKUS" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.
Paparan menarik untuk hari ini :
1. BN mungkir janji, kata Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berhubung keengganan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong pemansuhkan Akta Hasutan 1948.
2. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menjangkakan pergolakan dalaman Umno Terengganu bakal muncul menjelang pengumuman calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N1, Kuala Besut.
3. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap hubungan antara negara Jepun dan Malaysia khususnya Selangor akan lebih erat pada masa akan datang supaya pembangunan di negeri itu berkembang lebih maju.
4. Kebersihan dan keindahan Bandaraya Shah Alam merupakan antara tarikan utama pelancong dan pelabur asing untuk terus datang ke negeri ini.
5. Perkembangan terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara dari Jabatan Alam Sekitar dari jam 6 pagi hingga 11 pagi tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.