[SH] SHAH ALAM - [Dikemaskini] Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu
siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling
wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Beliau berkata, ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.
"Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.
"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan
menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana
merogol," katanya, hari ini.
Hari ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan bahawa atlet
bolang baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol
bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah
kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu
lalu.
Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan
meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki
pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan
tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional,
Bukit Jalil baru-baru ini.
Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.
Menurut laporan tersebut, mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan
mendapati dirinya dalam keadaan bogel serta dihimpit oleh seorang
lelaki.
Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat
Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di
perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,
polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan
negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.