Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan
membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black
505 - dibiayai oleh pihak asing.
Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.
"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi
dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit
dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.
"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.
"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.
"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.
"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.
Addin :
Jikalau punya excited dan tuduhan tanpa bukti oleh Jusuf Kalla membuktikan beliau di biayai oleh pihak tertentu di negara ini bagi memburukkan Anwar dan pakatan Rakyat. Tak payahla sebuat siapa, kita semua dah dapat agak..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.