Followers

Friday, July 5, 2013

JAIS dengar penjelasan Nurul Izzah - Abdul Rahim Sabri

 
 
 
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memberi penjelasan ke atas ucapannya berhubung isu kebebasan beragama dalam satu forum di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Panel JAIS itu mendengar penjelasn ke atas kenyataan kontroversi Nurul Izzah dalam forum Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya awal itu, bahawa rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu.

Peguam, Fadhlina Siddiq yang mengiringi Nurul Izzah ke siasatan berkenaan berkata, kes tersebut “diselesaikan dengan baik sekali” selepas MP berkenaan memberi penjelasannya kepada anggota panel tersebut.

"Beliau bukannya disiasat, tetapi membuat penjelasan. Tak ada isu pun yang disebutkan (bahawa) untuk hendak menukar akidah orang.

"Ia adalah perbincangan yang baik. Dan YB juga memberi penjelasan yang cukup baik," kata Fadhlina ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perbincangan selama hampir dua jam itu, yang bermula kira-kira jam 9 pagi ini.

Panel JAIS yang diketuainya pengarahnya Datuk Marzuki Hussain, turut melibatkan ahli akademik dan ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, katanya. 

Kenyataan Nurul Izzah itu mencetus kontroversi apabila akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataannya, beberapa hari selepas forum berkenaan berlangsung.


Nurul Izzah antara lainnya mendakwa, laporan akhbar berkenaan bermaksud bahawa beliau menganjurkan orang Melayu untuk murtad dari agama Islam dan menggalakkan orang Melayu untuk tidak beramal dengan cara Islam.
   
Beliau mengemukakan saman ke atas akhbar berkenaan pada 23 November lalu.



Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.