DR. Afif Bahardin |
AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang menyaku
wujud tiga doktor rasis di hospital kerajaan dekat Pulau Pinang supaya mengemukakan
bukti berwajib atau segera mohon maaf atas tuduhan tanpa asas tersebut.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan,
Dr. Afif Bahardin berkata, Datuk Seri Hilmi Yahaya (Timbalan Menteri Kesihatan)
sendiri dalam satu kenyataan di sesawang Malaysiakini.com pada 20 Julai lepas
mengaku bahawa dakwaan itu 'mungkin berlaku salah faham'.
"Saya menggesa Y.B. Roslan Saidin agar meminta maaf secara terbuka
kepada para doktor di seluruh Malaysia berikutan dakwaan yang telah beliau
bangkitkan di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Pulau Pinang berkenaan tiga
doktor rasis yang enggan merawat pesakit," ujar Dr. Afif menerusi emel
baru-baru ini.
ROSLAN Saidin |
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata,
kegagalan Roslan mengemukakan bukti hanya akan menyerlahkan sikap tidak
bertanggungjawab pemimpin pembangkang Pulau Pinang itu sahaja.
Malah, katanya lagi, Roslan menzahirkan tuduhan sedemikian mungkin
disebabkan beliau kecewa dengan sokongan rakyat terhadap pembangkang Pulau
Pinang yang nyata kian merosot pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei
lepas.
Terdahulu, Roslan semasa mesyuarat penuh di DUN Pulau Pinang dilaporkan menuduh
'Tsunami Cina' dalam pilihan raya umum baru-baru ini kononnya punca tiga doktor
berbangsa Cina berkenaan enggan merawat pesakit berbangsa Melayu di hospital
kerajaan tertentu.
Tuduhan itu mengakibatkan Roslan didesak untuk mengemukakan nama sebenar doktor
berwajib, namun, beliau mengelak dengan pelbagai dalih.
Ekoran itu, Dr. Afif dilaporkan cuba mendapatkan respons lanjut daripada
Kementerian Kesihatan.
http://faqar.blogspot.com/2013/07/doktor-rasis-exco-beri-adun-pembangkang.html?spref=tw
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.