Followers

Monday, July 22, 2013

Berita Gempar Buat Seluruh Umat Islam Di Malaysia.. Posted by Addin Deen

Pengikut fahaman Syiah di Malaysia dianggar mencecah antara 300,000 dan sejuta orang, dakwa ketua kumpulan mahzab itu, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

"Ada laporan mengatakan 300,000 orang dan paling ramai pernah dilaporkan ialah sejuta orang,” katanya dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Berhubung cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamil menyerahkan hal berkenaan kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

"Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, pula berkata Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap ia turut dilaksanakan di negeri lain.

Media baru-baru ini melaporkan kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuat kuasa sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman itu.

Malaysia setakat ini belum memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut Syiah seperti Iran dan Iraq. ~the malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.