Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar
di laman Facebook mengenai murid sekolah bukan beragama Islam makan di
dalam bilik persalinan baru-baru ini boleh disiasat mengikut Akta
Hasutan 1948.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, ini kerana tindakan individu terbabit boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum.
"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 26 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan khidmat cemerlang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Gambar yang didedahkan dalam laman sosial sejak tiga hari lalu menunjukkan beberapa murid bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sedang makan di dalam bilik persalinan atau tandas kononnya gara-gara kegagalan pengurusan sekolah menjaga kepentingan murid bukan Islam.
- Utusan Online

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.