Tahukah korang
dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana
kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak
rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj.
Dajjal telah
pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’
iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah
pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah
runtuh di Georgia.
Golongan mereka
pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan
mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa
a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.
Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6
perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di
antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah
manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” –
Sahih Muslim.
Kalau korang
tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar
media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade
berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir
zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang
bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?”
Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Ini memang
tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela
korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan
program-program yang melalaikan.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Korang lihat
dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa
tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti
menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.
Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:
“..apabila
engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin,
pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.”
SubhanAllah!
Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan
datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat
Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan
datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik &
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara
tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika
itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat
Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak
mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” –
Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah
akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang”.
Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka
agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.
Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir
zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau
syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
Haaa.. yang ini
sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di
kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku
berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri
raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan
berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat
Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada
Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah
saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau
bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang
berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan
terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh
tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini
adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir
tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan
(asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema
di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang
kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang
besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap
bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari
akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt.
tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada
orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana
suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
5. Turunnya
Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung
pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan
mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau
juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya
bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi
ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari
besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama
dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut
pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau
mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari
himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang
mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan
besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.
Keadaan itu akan disudahi
dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari
langit).
Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah
permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam
cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya
peristiwa qiamat yang dahsyat itu.
Barangkali keluarnya binatang yang
disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu
terbit dari tempat tenggelamnya”.
paapaada

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.