Followers

Saturday, May 4, 2013

Sempena PRU13 - Mengenang Kembali Kezaliman Rahim Nor Terhadap Anwar Ibrahim

 

20/9/1998 – MALAM

Pada malam ini, polis telah menangkap Anwar melalui serbuan UTK ke rumahnya di Bukit Damansara. 



Anwar membantah keras cara serbuan ini dilakukan. 

Pasukan UTK yang lengkap berpakaian baraclava dan bersenjata automatik. Mereka masuk dengan memecahkan pintu hadapan rumah. Bagaimanapun Anwar tidak menghalang pihak polis daripada menangkap beliau.


ACP Koh Hong Sun telah mengetuai pasukan untuk menangkap Anwar. Beliau telah memberitahu Anwar bahawa ia ditahan di bawah Seksyen 377B & D Kanun Keseksaan. Anwar kemudiannya memohon untuk solat dahulu.


Selepas solat, Anwar bersama Wan Azizah & anak-anak dibawa masuk ke dalam sebuah van polis. Ketika itu Anwar tidak digari. Selepas bertolak kira-kira 5 minit, van tersebut berhenti dan memindahkan Anwar ke tempat duduk belakang sebuah kereta polis yang mengekori van tadi.

Di dalam kereta polis tersebut, Anwar duduk di tengah. Di sebelah kanannya ialah ACP Koh dan di sebelah kirinya adalah Insp. Nasaruddin Mohd Nasir. Anwar masih belum digari pada masa tu.

Anwar tidak dibenarkan memberikan ucapan selamat tinggal kepada isteri dan anak-anaknya. ACP Koh berkata Anwar akan di bawa ke Bukit Aman dan di sana nanti beliau boleh mengucapkan selamat tinggal.

Ketika di dalam perjalanan, Insp Nasaruddin mohon maaf kepada Anwar kerana mendapat arahan untuk menutup matanya. Dia kemudian meminjam sapu tangan pemandu dan menutup mata Anwar. 


Anwar membuka cermin mata sebelum matanya ditutup. Anwar sempat berkata perbuatan ini zalim dan melampau. Namun beliau tidak menghalang matanya daripada ditutup.

Sebaik kereta terhenti, Anwar dibawa keluar dan dipimpin masuk ke dalam satu bangunan. Anwar kemudiannya dibawa ke sebuah tempat dan duduk di atas pangkin simen.

Kemudian Anwar digari kedua tangannya dari belakang. Selepas dua anggota polis masuk, gari dan penutup matanya dibuka. Barulah beliau sedar dirinya berada di dalam sebuah lokap.

Anwar kemudian diberitahu dia berada di dalam Lokap No. 6. Seminit dua kemudian, mereka memberitahunya bahawa mendapat arahan untuk menutup mata dan digari semula. Mereka terpaksa melakukannya.

Kemudian Anwar terdengar bunyi langkah kasut dan bunyi suara “berdeham”. Beliau cam suara itu ialah suara Tan Sri Rahim Noor. 


Beliau sudah biasa dan dapat kenali suara itu. Daripada bunyi langkah-langkah kasut itu, Anwar tahu ada duaorang masuk ke dalam lokapnya dan dia bangun berdiri.

Sebaik sahaja berdiri beberapa saat, Anwar merasai satu tumbukan kuat pada bahagian kiri dahinya, di atas mata kiri. Anwar terjatuh ke arah kanan. Tangan kanannya dipaksa tarik untuk berdiri semula. Beberapa tumbukan kencang kemudiannya pada leher, muka dan kepalanya.

Anwar tidak dapat ingat semua tumbukan pada dirinya. Tapi beliau dapat mengenal pasti 7 pukulan kuat. (1) satu tumbukan ke dahi kiri. (2) satu pukulan di bahagian kanan atas kepala. (3) satu pukulan bahagian kiri atas kepala. (4) satu hentakan ala karate di bahagian kiri leher. (5) satu tumbukan pada bahagian atas tangan kanan. (6) satu tamparan kuat pada telinga kiri. (7) satu lagi tamparan kuat pada bahagian kanan muka dekat mulut.

Pukulan-pukulan itu berlaku ketika tangan Anwar digari di belakang.

Sepanjang masa Anwar dibelasah teruk, beliau hanya mampu jerit kesakitan. “Aduh”. “Allah”. “Jangan pukul saya”.

Selepas tu Anwar mendengar seseorang menolak atau menarik si penyerang keluar dari lokap. Masa itu Anwar sudah lemah dan terbaring di atas pangkin.

Tidak lama selepas tu, tiga orang masuk ke dalam lokap Anwar. Dua anggota polis berpakaian seragam dan sorang lagi berpakaian biasa. Tutup kepalanya dan gari dibuka. Tutup kepala yang sudah kotor itulah yang digunakan untuk menyapu darah yang mengalir dari mulut dan hidung Anwar. Seorang lagi menggosok kepala dan mengurut lehernya.

Keadaan beliau sudah tersangat lemah untuk bangun, tidak bermaya dan terpinga-pinga akibat pukulan-pukulan teruk itu. Sejurus itu beliau pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga lewat tengahari 21/9/1998.

21/9/1998 TENGAHARI


Di Bukit Aman telah masuk hari ke-2 Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA. Lewat tengahari, Komanden Kem Tahanan, Supt Abdul Halim Siraj telah menemui Anwar Ibrahim. Anwar mengadu apa yang dialaminya dan mengadu kesakitan.

Anwar turut merayu mohon mendapatkan rawatan. Di antara tengahari 21/9/1998 dan 22/9/1998, Anwar telah merayu sebanyak tiga kali kepada Supt Halim Siraj. 


Setiap kali memohon, Halim kena merujuk dahulu kepada orang atasan. Masuk kali ketiga, Supt Halim terpaksa berterus terang kepada Anwar bahawa orang atasan tidak mahu layan permintaannya.

Kesakitan yang dialami Anwar bukan sebarang. Masih ingat lagi keterangan ASP Abdul Aziz Majid berkenaan insiden mata lebam Anwar. Apa katanya?

ASP Aziz berkata, dia nampak TS Rahim Noor memberikan arahan kepada seorang polis bawahan supaya menutup mata Anwar. TS Rahim menunggu sehingga mendapat signal OK. Sebaik semuanya OK (mata Anwar sudah ditutup) beliau nampak TS Rahim berjalan menuju ke arah Lokap No.6 – lokap Anwar Ibrahim.

Sejurus itu, dia mendengar orang menjerit kesakitan. “Aduh. Jangan pukul aku”.

Selepas itu ASP Aziz melihat TS Rahim Nor dan DCP Dato’ Yaacob Amin bergegas berjalan dihadapannya. Tidak lama kemudian SAC 1 Dato’ Ramli Yusof keluar dan berkata ..

“Habislah kita. Tan Sri IGP telah pukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Nasib baik saya dapat halang Rahim Noor dari terus pukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika tidak lagi teruk Dato’ Seri Anwar Ibrahim kena pukul.”

Kemudian Dato’ Ramli Yusuf mengarahkan ASP Aziz dan ACP Koh masuk ke lokap No.6. ASP Aziz nampak Anwar cedera teruk dan ada seorang sedang menggosok-gosok kepala Anwar.

24/9/1998

Tiga hari lepas dia belasah Anwar sampai pengsan, KPN Tan Sri Rahim Noor keluarkan kenyataan media bahwa Anwar “safe and sound”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.