Saya
menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan
penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah
satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. Kawasan mana? Maaf itu saya
masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita
tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.
Petisyen bantahan
telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat
tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat
di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak
didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada
sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan
kepada umum.
Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan wakil PAS dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang juga telah maklum akan situasi ini. Perjumpaan tertutup telah diadakan dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.
SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!
Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu"
berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes
ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada
rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat.
Ini hanyalah satu kes
daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan
bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN
ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil, Pakatan Rakyat bakal menambah
kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada
16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di
kawasan-kawasan lain.
Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi
yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya,
jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling
bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah
pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh
baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti
baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Maaf, sekali lagi saya
ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan
perjumpaan pihak PAS Terengganu dengan wakil rakyat BN dan keluarga
pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi
parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak
dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog
ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari
Terengganu.
Petisyen bantahan serta
pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR
dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan
PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak
layak dipanggil pejuang jika perangai kamu umpama api dalam sekam. Saya
tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di
Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik,
namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu
caranya.
PAS bukan sekadar parti
politik tapi sebuah gerakan Islam, sebuah Jemaah Islam yang bukan
sekadar berjuang semata-mata untuk menegakkan keadilan, menentang
Barisan Nasional tapi menegakkan syariat Islam, mentadbir Malaysia
khususnya dengan Islam yang syumul. Kamu ingat PAS hanya diam membisu
dengan segala penipuan ini? PAS bergerak dengan penuh strategi,
percaturan bukan hanya sekadar mengadakan himpunan di seluruh negara.
Mohon celik. :)
Akhir kata, peringatan
keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula lagi sudah bongkak ingin
menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan
PAS di Terengganu. Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!!
Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam. ^^
"PAS Redha Dengan Kekalahan, Tapi PAS Tak Pernah Redha Dengan Penipuan"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.