[Ramai
pemerhati politik kini amat terkejut dengan tindaakan Perdana Menteri,
Datuk Sri Najib Tun Razak melantik menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin
sebagai Menteri Belia Dan Sukan.
Perlantikan itu jelas sekali telah
mematikan "khabar angin" bahawa nasib Khairy akan lebih buruk lagi jika
terus berada dibawah kepimpinan Najib kali ini.
Malah, ramalan kononnya
Khairy tidak dicalonkan pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu juga meleset
sama sekali. Khairy bukan sahaja dicalonkan semula di Parlimen Rembau,
malah kini diangkat pula sebagai "Menteri" dalam kabinet baru Najib.
Sebelum ini, Khairy mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya Ketua
Pemuda UMNO yang tiada jawatan dalam kabinet.
Malah, lebih mengejutkan
Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri
Beliau Dan Sukan. Manakala, calon Ketua Pemuda yang kalah kepadanya
iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).
Semua ini
memungkin Khairy bakal ditendang pada PRU-13 lalu. Namun kini segala
ramalan itu tidak menjadi kenyataan.
Malah, Khairy yang hayat politiknya
hampir lenyap itu kini selesa diangkat sebagai Menteri. Apapun, PDO
ucapkan syabas dan juga tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.