Followers

Saturday, May 25, 2013

Panas: Blogger Beri Tempoh Tujuh Hari Kepada SPR, Jawab Isu Dakwat Kekal Hilang Di Jari PM Dan TPM !

Photo: Panas: Blogger Beri Tempoh Tujuh Hari Kepada SPR, Jawab Isu Dakwat Kekal Hilang Di Jari PM Dan TPM !

KUANTAN, 25 Mei - Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghuraikan kekeliruan yang timbul dihati rakyat berkeneaan isu dakwat kekal semasa Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. 

Menerusi posting terbaru dilaman facebook beliau, dia mahu SPR perjelaskan kepada rakyat kenapa dakwat kekal pada jari Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta lain-lain pembesar negara "hilang" pada tengah malam 6 Mei 2013 iaitu ketika Najib mengisyhtiharankan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu. 

Siaran langsung keputusan itu jelas menunjukkan dakwat kekal pada jari masing-masing telah hilang, walau pun SPR berkali-kali mendakwa dakwat itu akan kekal selama 7 hari selepas ia dicalit pada jari pengundi. Persoalannya kata beliau, ketika rakyat mengadu masalah itu, SPR berkali-kali mendakwa dakwat kekal dan pengadu hanya membuat provokasi untuk menjatuhkan nama baik SPR. 

Namun kini, apabila melibatkan pemimpin negara apakah pula jawapan yang harus diberikan oleh SPR. "Saya memberi tempoh tujuh hari (sama seperti dakwat kekal) agar SPR menjawab isu ini.. 

Jangan kelirukan rakyat. Ketika diajak berdialog dengan pihak tertentu SPR kata buang masa.. rakyat nak turun protes pilihanraya penuh dengan penipuan SPR kata mereka buat kerja profesional berlandaskan undang-undang.. 

Maka, kini SPR harus menjawab kekeliruan rakyat ini. Mana mungkin pada pagi 5 Mei mereka semua membuang undi .. tak sampai 24 jam semua dakwat itu hilang dijari masing-masing.. 

Apakah SPR sedar apa yang berlaku ini.. atau buat-buat tak sedar.. maka, apakah salahnya rakyat turun protes jika mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku ini", kata kenyataan di wall facebook beliau.


[Sebenarnya, apa yang didedahkan ini sememangnya sudah diketahui oleh sebahagiian besar rakyat terutamanya apabila video Najib dan Muhyiddin bergembira selepas keputusan PRU-13 diumumkan pada malam tersebut. Namun, inilah dia takdir yang berlaku. 

Dalam keghairahan mereka tidak sedar ada sesuatu yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat telah terjadi. Dakwat kekal hilang dijari masing-masing tidak sampai 24 jam selepas mereka mengundi. 

Oleh itu, kenapa mereka semua marah apabila rakyat mempersoalkan dakwat yang digunakan oleh SPR itu memang tidak kekal?. 

Secara logiknya mereka sendiri melihat bukti yang cukup nyata bahawa dakwat itu tidak kekal dijari mereka. 

Media pula dengan bangganya menyiarakan gambar-gambar terbabit sebagai bahan bukti kukuh untuk rakyat bangkit mempersoalkan perkara ini. 

Justeru, SPR wajarlah menjawab persoalan ini dengan profesional jika benar mereka melaksanakan pilihanraya dengan adil dan saksama. Jika rakyat membuat laporan dijari masing-masing, SPR memberi berbagai alasan untuk menolak dakwaan tersebut. 

Tapi, kini ia berlaku didepan mata kita. Apakah lagi alasan yang mahu digunakan oleh SPR untuk mengatakan dakwat dijari pemimpin BN itu juga kekal selama 7 hari. Jika SPR gagal menjawab isu ini, maka apakah mereka perlu marah pabila rakyat bangkit membuat protes secara aman keputusan pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini agaknya. Oleh itu, biarkanlah rakyat buat penilaian!].

PDO 
 
KUANTAN, 25 Mei - Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghuraikan kekeliruan yang timbul dihati rakyat berkeneaan isu dakwat kekal semasa Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini.

Menerusi posting terbaru dilaman facebook beliau, dia mahu SPR perjelaskan kepada rakyat kenapa dakwat kekal pada jari Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta lain-lain pembesar negara "hilang" pada tengah malam 6 Mei 2013 iaitu ketika Najib mengisyhtiharankan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu.

Siaran langsung keputusan itu jelas menunjukkan dakwat kekal pada jari masing-masing telah hilang, walau pun SPR berkali-kali mendakwa dakwat itu akan kekal selama 7 hari selepas ia dicalit pada jari pengundi. 


Persoalannya kata beliau, ketika rakyat mengadu masalah itu, SPR berkali-kali mendakwa dakwat kekal dan pengadu hanya membuat provokasi untuk menjatuhkan nama baik SPR.

Namun kini, apabila melibatkan pemimpin negara apakah pula jawapan yang harus diberikan oleh SPR. "Saya memberi tempoh tujuh hari (sama seperti dakwat kekal) agar SPR menjawab isu ini..

Jangan kelirukan rakyat. Ketika diajak berdialog dengan pihak tertentu SPR kata buang masa.. rakyat nak turun protes pilihanraya penuh dengan penipuan SPR kata mereka buat kerja profesional berlandaskan undang-undang..

Maka, kini SPR harus menjawab kekeliruan rakyat ini. Mana mungkin pada pagi 5 Mei mereka semua membuang undi .. tak sampai 24 jam semua dakwat itu hilang dijari masing-masing..

Apakah SPR sedar apa yang berlaku ini.. atau buat-buat tak sedar.. maka, apakah salahnya rakyat turun protes jika mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku ini", kata kenyataan di wall facebook beliau.

[Sebenarnya, apa yang didedahkan ini sememangnya sudah diketahui oleh sebahagiian besar rakyat terutamanya apabila video Najib dan Muhyiddin bergembira selepas keputusan PRU-13 diumumkan pada malam tersebut. Namun, inilah dia takdir yang berlaku.

Dalam keghairahan mereka tidak sedar ada sesuatu yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat telah terjadi. Dakwat kekal hilang dijari masing-masing tidak sampai 24 jam selepas mereka mengundi.

Oleh itu, kenapa mereka semua marah apabila rakyat mempersoalkan dakwat yang digunakan oleh SPR itu memang tidak kekal?.

Secara logiknya mereka sendiri melihat bukti yang cukup nyata bahawa dakwat itu tidak kekal dijari mereka.

Media pula dengan bangganya menyiarakan gambar-gambar terbabit sebagai bahan bukti kukuh untuk rakyat bangkit mempersoalkan perkara ini.

Justeru, SPR wajarlah menjawab persoalan ini dengan profesional jika benar mereka melaksanakan pilihanraya dengan adil dan saksama. Jika rakyat membuat laporan dijari masing-masing, SPR memberi berbagai alasan untuk menolak dakwaan tersebut.

Tapi, kini ia berlaku didepan mata kita. Apakah lagi alasan yang mahu digunakan oleh SPR untuk mengatakan dakwat dijari pemimpin BN itu juga kekal selama 7 hari. 


Jika SPR gagal menjawab isu ini, maka apakah mereka perlu marah pabila rakyat bangkit membuat protes secara aman keputusan pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini agaknya. Oleh itu, biarkanlah rakyat buat penilaian!].

PDO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.