ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula
pentadbiran dari PR pada PRU13.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain
menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang
jalan raya.
Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan
perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
kelak.
“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan
selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri
ini.
“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna
kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,”
katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu
secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.
“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita
tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga
kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan
kenderaan masing-masing,” katanya.
Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya
masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.
“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat
keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa
membebankan rakyat.
Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang
ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam
pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi
had laju atau melanggar lampu isyarat merah.
-sinarharian-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.