KUALA TERENGGANU: Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.
(Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini)
Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan
Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh
dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.
"Semalam
saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang
nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana
trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya
hari ini.
Dengan
kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan,
Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada
Pakatan di Semenanjung ini.
Yang
menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen
nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu,
ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS
kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.
Ini
kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk
menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka
itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan
menang kali ini.
Di Terengganu, dalam tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati sambutan kepada PAS sangat memberangsangkan.
Kenderaan
penuh sesak dari Kuantan ke Kuala Terengganu di kedua-dua laluan iaitu
jalan pantai atau jalan Jabor - Jerangau. Mereka semua berebut-rebut
untuk balik mengundi mulai malam tadi.
Di sepanjang jalan ada sahaja 'flashmob' yang dibuat dari penyokong PAS bagi mengalu-alukan kepulangan mereka.
"Orang
atas pagar sejak hari penamaan calon lagi sudah yakin BN akan jatuh di
Terengganu kali ini ekoran ramainya calon bebas yang merupakan ahli Umno
yang bertanding," kata seorang guru kanan di sini.
Menurut
beliau, pendapat begini dikongsi di kalangan kakitangan kerajaan
walaupun PAS sendiri tidak mempunyai keyakinan yang setinggi itu.
Turut tidak mendapat tempat di Terengganu kali ini adalah ketiga-tiga sayap Umno.
Tidak ada calon Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Terengganu dalam pilihan raya kali ini.
Ketua
Pemuda Umno Terengganu, Saiful Baharudin sepatutnya akan bertanding di
DUN Alor Limbat, Marang tetapi di saat akhir nama beliau tertinggal.
Ekoran itu ada calon bebas bertanding di DUN Alor Limbat yang dikaitkan dengan beliau.
Dalam
pilihan raya kali ini tidak ada seorang pun calon wanita bertanding di
Terengganu yang membayangkan pengundi wanita tidak penting bagi Umno
dalam pilihan raya ini.
"Mereka sesuai jadi tukang kempen je," kata seorang pemerhati politik.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.