The Malaysia Insider melaporkan ;
Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran
strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti
kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari
TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media
antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima
Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut
edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa
dan wang,” katanya.
Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara
langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media
cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya
2013.
Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu
mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris,
Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan
untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi
daripada generasi lebih muda.
“Media arus perdana telah
menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan
kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan
orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau
menonton seperti kami,” tambah beliau.
Kini apabila semua strategi tak
menjadi maka ditiupkan api perkauman untuk tutup segala kelemahan BN
yang dilihat semakin tak ketawan hala.Pemimpin Umno tidak mahu dalam
keadaan sekarang ahli Umno bangkit memberontak buat undi tak percaya
kepada Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Jika ini berlaku dan
kita yakin akan berlaku tak lama lagi maka habislah karier Najib dalam
politik.Muhyiddin sedang mengintai peluang terbaik untuk jadi PM.Jika
Najib pintas Muhyiddin dengan melantik orang lain sebagai PM maka lagi
teruk jadinya!Dalam politik macam-macam boleh jadi.
Sementara itu Pengarah Strategi
PKR Rafizi sedang mengumpul bukti di 27 parlimen yang didakwa berlaku
penipuan dalam pilihanraya.Jika ada bukti kukuh Najib pasti tak senang
duduk.Kata Rafizi Ramli,“Dua
lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi
margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa
bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,lapor keadilandaily.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.