Followers

Tuesday, May 14, 2013

Ahmad Maslan Cabar PR Jemput SPR Beri Penjelasan

 


[Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar Pakatan Rakyat (pembangkang) menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan mereka mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Katanya langkah itu lebih baik daripada pembangkang terus menyebarkan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap institusi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama penyokong mereka. 

"Kalau SPR boleh pergi ke majlis anjuran UMNO, sudah tentu SPR akan pergi ke majlis yang dianjur oleh parti-parti lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat kepada ketua-ketua penerangan cawangan, bahagian dan sayap Umno, serta badan bukan kerajaan (NGO) bersama SPR, di sini hari ini. 

 Anggota Parlimen Pontian itu juga yakin SPR akan menjawab sebaik mungkin isu yang dibangkitkan seperti pengundi hantu dan dakwaan lampu padam pada sesi dialog tersebut, sekali gus menghentikan penyebaran fitnah].


Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.