Followers

Thursday, May 30, 2013

Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno Posted by Addin Deen

 
SYARiKAT Zubicon Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan 1,900 unit rumah mampu milik dekat Jalan SP Chelliah yang akan dikenali sebagai Chelliah Park City.Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit.
 
"Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak.

"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut.
 
Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dalam kelas yang sama, Guan Eng berkata, 332 unit akan dijual secara khusus untuk Bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, dalam syarat terbaru yang dipersetujui pemaju, sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan berharga RM72,500 seunit.
 
883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.165 unit lain dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 900 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM300,000 seunit.

Manakala 82 unit lagi dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi akan dijual di bawah harga RM400,000.Guan Eng berkata, hanya empat unit sahaja dijual dengan harga RM400,000, bukan kesemua rumah mampu milik dijual semahal itu sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang Pulau Pinang sebelum ini.

Justeru, katanya lagi, kos keseluruhan projek tersebut berjumlah RM85 juta, iaitu GMC berjumlah RM60 juta dan RM25 juta baki adalah tambahan tawaran bagi kemudahan awam.
 
Dalam cadangan Zubicon, difahamkan, Chelliah Park City akan dilengkapkan dengan 'linear park', kawasan hijau, terminal bas awam, laluan basikal dan pejalan kaki serta rekaan bentuk fizikal kediaman memenuhi spesifikasi Green Building Index (GBI) berkelas "Gold" seperti penyediaan pusat kitar semula.

Itu, tidak termasuk bangunan tunggal yang akan dijadikan surau untuk umat Islam setempat.Terdahulu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual 1.2 ekar tanah dekat Taman Manggis dakat Jalan Zainal Abidin, di sini kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir.

Projek komersial itu menerima tentangan kuat daripada pembangkang Pulau Pinang atas dalih kerajaan Negeri wajar membina rumah kos sederhana rendah terlebih dahulu untuk keperluan rakyat di negeri berkenaan.
 
Oleh kerana tanah tersebut tidak muat untuk pemajuan flat rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mencadangkan sebidang tanah lain yang berdekat Taman Manggis, iaitu di Jalan SP Chelliah.

Wong Hon Wai semasa masih menjadi Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian pada 7 Ogos tahun lepas telah menulis surat kepada Datuk Chor Chee Heung (kini bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bagi menuntut peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM52.5 juta bagi membina 27 tingkat rumah kos rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi, namun, langsung tidak dilayan.

Serentak itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama serta akan tetap meneruskan projek perumahan mampu milik rakyat di 11.04 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan SP Chelliah.Pada 17 Januari lepas, Kerajaan Negeri melalui PDC mengiklan surat penyataan hasrat (RFP) bagi projek tersebut.

Dalam RFP itu, antara lain mensyaratkan pembinaan 1320 unit rumah mampu milik sahaja, termasuk 303 rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.
 
Sebanyak lapan syarikat pemaju mengambil bahagian sebelum Zubicon dipilih melalui proses tender terbuka.Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam menyediakan rumah mampu milik, termasuk di kawasan pulau demi kepentingan rakyat terbanyak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.