KLANG, 23 APR : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat dapat membangunkan prasarana dan perumahan di Klang dengan lebih baik daripada Umno-BN.
“Saya sudah mula berbincang dengan YDP (Yang Di Pertua) Klang untuk melihat semula (rancangan pembangunan) untuk dipamerkan bagi pengetahuan rakyat.
“Segala ini pasti dapat direalisasikan sepertimana ditunjukkan di Bukit Botak dan Alam Perdana sebelum ini, kita bukan sekadar cakap sahaja tetapi semua ini sudah dilakukan.
“Ini menunjukkan Umno-BN hanya sekadar janji sahaja, tetapi saya yang laksanakan kerja-kerja tersebut bersama-sama penjawat awam lain untuk selesaikan masalah,” jelas calon kerusi DUN Pelabuhan Klang itu.
Abdul Khalid berkata sekiranya Pakatan berjaya mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya kali ini, beliau akan merombak pelan rancangan jalanraya
“Jika kali ini (Pakatan Rakyat) berjaya di Putrajaya, saya akan rangka rancangan pembangunan (jalanraya) di Klang sebab saya lebih pandai daripada (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak.
“Sebab saya pernah menyertai Unit Perancang Ekonomi Malaysia dan menganggotai Lembaga Pengarah di Institute of Strategic Study.
“Inilah bezanya antara seorang ‘implementer’ dan orang yang pandai cakap sahaja,” tambah bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Guthrie Berhad ini.
Beliau yang menjadi CEO Guthrie bermula dari 1995 hingga 2003 ini merupakan tokoh yang bertanggungjawab mencetus pembinaan Lebuh Raya Guthrie dari Rawang ke Shah Alam.
Selangorku
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.