Tinggal kurang 48 jam sebelum penamaan calon dan PAS sudahpun mengambil sikap mempertahankan diri.
Seperti
juga di semenanjung Malaysia, PAS yang mengemukakan 11 calon di Sabah
berdepan dengan tuduhan pelampau agama. Di tengah-tengah isu ini adalah
persoalan hudud.
Tuduhan
ini mensasarkan golongan bukan Islam, dan secara khususnya golongan
Cina yang banyak menghuni kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan
dan Tawau.
Calon yang dikemukakan PAS di satu-satunya kawasan
bandar yang ditandingi mereka ialah peguam berusia 37 tahun, Hamid
Ismail yang akan berentap di kawasan majoriti masyarakat Islam di
Tanjung Aru.
Seramai kira-kira satu pertiga dari pengundi Tanjung
Aru merupakan pengundi Cina manakala 12 peratus terdiri dari bumiputera
bukan Islam.
Dalam sidang media sulungnya, Hamid yang kelihatan
rapi dengan kemeja berwarna putih, tidak menunjukkan ciri-ciri
stereotaip sebagai seorang pelampau agama.
Melalui ucapannya, bapa kepada tiga orang anak itu menunjukkan contoh dalam toleransi agama yang dianjurkan PAS.
Pengamal
undang-undang dalam sistem sivil dan syariah itu sebelum ini membawa
beberapa kes ke mahkamah berhubung isu pertukaran agama.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.