PANTAI DALAM 1 APRIL: Satu lagi siri keganasan politik berlaku di Lembah
Pantai apabila petugas pilihan raya KEADILAN Parlimen itu diugut
sekumpulan samseng dan khemah mereka diceroboh serta dimusnahkan.Ketua
Jawatankuasa Daerah Mengundi Lembah Pantai, Siti Mariam Mohd Aly
berkata, pada 26 Mac lalu, beliau bersama tiga petugas di khemah Taman
Sri Sentosa Utara didatangi dua lelaki berbangsa India dan mengancam
mereka.
“Mereka ugut supaya jangan aktif di kawasan tersebut dan cepat
cabut khemah,” kata Mariam kepada Keadilan Daily.
Menurutnya, samseng tersebut kemudian datang semula ke kawasan khemah berkenaan keesokan hari bersama enam lagi rakannya dengan empat motosikal.Mereka turut diiringi sekumpulan samseng yang menaiki dua kereta dan sebuah teksi.

“Kali ini mereka ugut saya dan dua
lagi petugas supaya keluar dari khemah. Mereka cabut bendera, rampas
risalah, patahkan kaki khemah dan maki hamun kami dengan kata-kata kesat
dalam Bahasa Tamil. Turut dirampas sebuah Samsung Galaxy Note,”
jelasnya.
Mariam (kanan Izzah) menunjukkan laporan polis serangan samseng ke atasnya.Mariam membuat laporan polis berhubung insiden itu pada 28 Mac, dan diminta membuat kawad cam terhadap samseng tersebut.“Polis kemudian memeriksa kawasan kejadian.

Apa yang menghairankan, polis suruh kami
dirikan khemah jauh dari situ kerana tapak khemah tersebut berdekatan
dengan khemah BN.“Kami was-was kenapa polis arahkan demikian sedangkan
kami tak buat kacau, malah kami yang diserang,” kata Mariam.
Pada hari yang sama, salah satu bilik operasi KEADILAN di kawasan Jalan Kurau, Bangsar dipecah masuk. Barang-barang seperti kayu bendera dicuri dan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM20,000.
Pada hari yang sama, salah satu bilik operasi KEADILAN di kawasan Jalan Kurau, Bangsar dipecah masuk. Barang-barang seperti kayu bendera dicuri dan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM20,000.
Pada 29 Mac pula,
seorang petugas pilihan raya di Jalan Kampung Kerinchi Kiri mengalami
kecederaan akibat diserang samseng dan terpaksa menerima lima jahitan di
kepala.Selain itu, papan iklan Ahli Parlimen Lembah Pantai bertajuk
‘Berani Kerana Benar’ yang dipasang di Lebuh Raya Persekutuan turut
dirosakkan pada 12 Mac lalu.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedaya mungkin memastikan insiden keganasan politik tidak berulang.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedaya mungkin memastikan insiden keganasan politik tidak berulang.
“Semua parti
komponen tidak kira dari BN atau Pakatan Rakyat harus menolak politik
ganas dan perlu memastikan tiada lagi insiden sebegini,” katanya pada
sidang media di Pejabat Parlimen beliau di Pantai Dalam, hari ini.
Pelbagai insiden keganasan berlaku di Lembah Pantai sejak 2012 antaranya sukarelawan dari pejabat Parlimen Izzah menjadi mangsa intimidasi sewaktu membuat tinjauan pengundi di kawasan perumahan pada Mac, ‘Malam Berdarah’ Lembah Pantai pada Mei, dan serangan terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli yang ditumbuk di Kerinchi pada April.“Justeru, Hishammuddin perlu sedaya mungkin dalam bidang kuasa beliau memastikan insiden-insiden keganasan tidak berulang.

Mereka yang dibuktikan
terlibat wajib dibawa ke muka pengadilan serta-merta,” tegas Izzah.
~
keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.