Followers

Friday, April 19, 2013

PANAS: Prof. Dr. Muhaya TIBAI sapa pulak dah neh [Tengok sini...]

 
Prof. Dr. Muhaya Bidas Kelucahan Melampau

Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.
"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak-anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan macai Umno yang cuba membunuh lawan politiknya.
Bagi Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan Selangor, pemimpin BN disarankan agar bertaubat serta tidak lagi menggunakan bahan lucah dan seks sebagai senjata politik mereka.

Dr Halimah berkata, BN seharusnya malu dan sedar bahawa perbuatan tersebut jauh menyimpang dan sama sekali tidak mencerminkan kesucian agama Islam dan ketuanan budaya Melayu yang sering diuar-uarkan.

Baginya, BN harus rasa malu kerana orang bukan Islam pun tidak menggunakan cara yang jijik. ~ Harakahdaily
 
 
Shalehudin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.