Gambar hiasan
PETALING JAYA: Dua bot bermotor yang sarat dengan kira-kira 80 penumpang telah dipintas semasa memasuki perairan Filipina dari Sabah, 'Philippine Inquirer' melaporkan, Jumaat.
Kapten Tentera Laut Rene Yongque dari Task Force 62 di Tawi-Tawi berkata kakitangan di atas kapal peronda melihat dua buah bot sekitar pukul 9.00 pagi dan mengiringi mereka ke Bongao di Tawi-Tawi.
Beliau berkata di dalam bot itu adalah warga Filipina yang melarikan diri dari Sabah dan bukan pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu.
"Mereka dengan segera dihantar kepada Pasukan Petugas Basulta untuk krisis di Sabah bagi proses selanjutnya. Saya ulangi, mereka tidak bersenjata dan mereka bukan pengikut Kiram. Mereka hanya orang biasa," katanya.
Sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, berhampiran Lahad Datu di pantai timur Sabah sejak 9 Februari lalu.
Pada Selasa, angkatan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan habis-habisan terhadap kumpulan lelaki bersenjata, dipercayai menjadi pengikut Kiram. -mStar
P/s: Mudahnya orang asing keluar masuk perairan Malaysia...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.