PUNAH: Bibir Najib tak semerah dulu...
KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina
yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah
kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu,
Sabah.
Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.
Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nus Misuari sebelum dipetik media Filipina.
“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation, Nur Misuari mendapat tahun kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji dari Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.
Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.
“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.
“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.
“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.~ KD.
Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.