Maklumat terbaru yang diterima!
Seakan meniru gaya rakan-rakan
subahat mereka di Semenanjung, kira-kira 20 samseng upahan Umno cuba
menyerang sebuah bas dan sebuah van yang diletakkan di hadapan Pusat
Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.
Kedua-dua kenderaan tersebut
disasarkan untuk dicalar dan disimbah cat merah beberapa ketika sejurus
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merasmikan penggunaannya bagi tujuan
kempen menjelang pilihanraya umum ke-13.
Insiden tersebut sempat dihalang
anggota polis yang bertugas mengawal keadaan setelah mendapat maklumat
samseng berkenaan cuba melakukan khianat terhadap harta persendirian.
Anwar kini berada di negeri ini bagi
lawatan dan merasmikan pelancaran manifesto khas untuk Sabah di pusat
konvensyen di tengah-tengah bandaraya ini.
Bas dan van tersebut disewa bagi
memudahkan gerakan kempen dan merayu undi khusus untuk kegunaan pemimpin
Pakatan Rakyat dan akan mula menjelajah ke seluruh negeri ini dalam
tempoh terdekat.
Beberapa saksi kejadian yang ditemui
menyatakan samseng berkenaan mula membuat bising di perkarangan pusat
konvensyen itu selain membunyikan hon untuk mengganggu majlis yang
diadakan di dalam.
Bagaimanapun setelah dinasihat oleh
petugas KEADILAN, mereka cuba untuk menghampiri bas dan van berkenaan
menyebabkan anggota polis dikerah bagi mententeramkan keadaan.
Menurut laporan, enam daripada mereka ditahan dan kini dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal-siasat.
Sementara motosikal yang ditinggalkan setelah mereka dibawa ke balai polis kini diangkut menggunakan lori menuju destinasi sama.
Perkembangan ini mencetuskan tanda
tanya sama ada Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sudah merasakan
kedudukan mereka tergugat kerana ini adalah kali pertama insiden
seumpama ini dilakukan mereka di negeri ini.
Parlimen Kota Kinabalu diwakili calon DAP, Hiew King Chiew setelah menang dengan undi majoriti tipis 106 undi.
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.