Sedar atau tidak, negara ini sebenarnya telah ditadbir oleh sebuah organisasi yang tidak sah?
Nantikan pendedahan susulan, di bawah adalah episod pertama siri pendedahan. Sila ke page Facebook #UmnoHaram dan
sila like untuk kita sama pastikan hebahan maklumat bersiri ini akan
memberi kesedaran yang maksimum kepada rakyat Malaysia.
Solidariti Anak Muda Malaysia
Siri pertama:
Umno bukan sahaja membiarkan parti mereka dulu haram,malah sehingga hari ini parti umno adalah HARAM.
Pada Jun 1987, satu guaman sivil
telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO
(yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini
kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu
relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang
semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan
perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak
mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui
menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan
lain-lain.
Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan
daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak
diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan
mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon
yang kalah[1].
Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak
43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding
718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan
yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan
di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4
Februari 1988.
Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang,
beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan
yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan
dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Pengharaman UMNO
Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul
Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka.
Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO[2] tetapi
hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan
semula.
Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa
kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan
diadakan semula tidak dilayan[3].
Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr
Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid
sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.
Menurut Datuk George Seah, Ketua
Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan
untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO
11.
Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun
Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26
Mei 1988[4].
Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada
Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan
Allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes
UMNO 11 pada 13 Jun 1988.
Dengan penggantungan tugas beliau sebagai
Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah
yang dijadualkan pada 13 Jun 1988[5].
Disedia oleh: King Jason
Nantikan pendedahan kedua!
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.