Sekarang ni semuanya salah Anwar .... diri sendiri tak salah ...tengok la
Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness,
yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah
lesen pembalakan.
Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik
menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan
Sarawak di peringkat antarabangsa.
"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan
semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini
semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja
betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika
berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya,
Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah
video itu.
Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda
bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat
Sarawak.
"Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di
negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda
banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan.
Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk
rakyat negeri ini," katanya.
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.