DSAI Diapit Oleh Pengerusi Pekida Perak Dan Perak Tengah
TBO - Pada malam ini,Pekida juga turut akan menyatakan sokongan kepada PAS semperna majlis ceramah Umum Timbalan Presiden PAS Hj Mohd Sabu. Pemimpin Pekida juga turut menyatakan sokongan mereka semasa Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Utara Perak pada 15 March yang lalu.
Kalungan Sokongan Dari Pengerusi Pekida Perak Tengah,Ayah Sabri
Bersama ini disertakan gambar gambar pemimpin Pekida semasa Jamuan Teh Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Padang Tenggala.
Ini lah yang dimaksudkan oleh Ayah Sabri, yang menyatakan ramai lagi pemimpin Pekida menyokong Pakatan Rakyat. Suatu gelombang besar telah melanda Pekida.
Ramai lagi ayahanda yang turut bekesempatan hadir sama ke majlis Jamuan Teh bersama DSAI di Padang Tenggala tempohari.
Mereka telah bersepakat menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat melalui upacara simbolik "Pengalungan Mafla" oleh Pengerusi Pekida Perak Tengah.
Turut sama dalam jamuan ialah Ayahanda Tok Janggut dari Parit 13 Titi Gantong.
Selama ini Pekida dianggap pertubuhan yang menyokong BN sudah tidak benar lagi. Pekida bakal membuat suatu resolusi baru untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.
Harap pemimpin Umno,tidak payah lah susah susah suruh orang menasihatkan pemimpin pemimpin Pekida ini,kerana mereka bijak membuat pilihan.
Ustaz Zul Bersama Pimpinan Pekida Sewaktu Jamuan Teh Tarik Bersama DSAI
Ingat,prinsip penubuhan Pekida bukanlah untuk membela nasib dikalangan adek beradek sahaja, tetapi yang lebih utama ialah membela rakyat daripada kezaliman, penindasan, ketidakadilan dan kebohongan yang berterusan oleh pemimpin kerajaan.
Sedarlah rakyat amat perlukan pembelaan. Bersama kita hancurkan ketidakadilan.
Petikan Dari KeadilanDaily
Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.
“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu
pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan
kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata
kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.
Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.
Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.
Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
Shalehudin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.