Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya
dalam tragedi Lahad Datu.
Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.
“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.
“Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan
memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan
maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.
Surendran tegas menyatakan tuntutan tetap dibuat sehingga kedua-dua
media berkenaan harus menjawab semua tuntutan Ketua Umum KEADILAN itu.
“Kita pandang serius tuduhan berkenaan dan menuntut permohonan maaf serta ganti rugi,” katanya.
Sebelum ini, muka depan Utusan bertarikh 2 Mac memapar tajuk
‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala satu laporan
dimuka 10 akhbar itu bertajuk ‘Tiga kumpulan jadi dalang.
TV3 pula menggunakan istilah dalang ketika mengaitkan Anwar dalaminsiden berkenaan.
Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Kesultanan Sulu yang menafi dakwaan kononnya pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkrisis Sabah seperti tohmahan kerajaan Malaysia.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak
adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak
kepada Sultan Jamalul Kiram III.
Kenyataan dibuat dalam Interaksyon.com, sebuah laman berita bagi saluran
TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina,
bertarikh 4 Mac lalu.
Warta Kerajaan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.