Saya tidak mengenali dengan siapa saya bekerja – Josh diambil gambar oleh rakannya di rumah Abdullah Ahmad Badawi.
Josh Trevino dan pasukan blogger beracunnya yang berpangkalan di Amerika
Syarikat kini telah mengakui pada umum berkenaan beberapa fitnah
terhadap tokoh-tokoh pro-demokrasi Malaysia, yang telah dibiayai oleh BN
dan telah didedahkan oleh Sarawak Report.
Namun kami dapat menunjukkan bahawa blogger Amerika yang nakal itu telah
sekali lagi berbohong, dengan berpura-pura semalam bahawa dia tidak
mengenali untuk siapa dia bekerja dan kegagalannya untuk menyebut
tentang kaitannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.
Untuk siapa kita bekerja lagi? – Trevino merakamkan gambar bos-bos FBC Media di Ibupejabat klien mereka … di Putrajaya!
Beberapa kebenaran timbul sebaik sahaja Trevino mendaftarkan dirinya sebagai agen asing di AS
Trevino telah, secara konsisten, menafikan bahawa dia bekerja untuk
orang-orang Malaysia atau bahawa dia dan rakan-rakan bloggernya dibayar
upah. Bercakap kepada pemberita AS, Ben Smith setelah pendedahan kami
dalam tahun 2011 dia telah mengisytiharkan artikel kami itu sebagai
“pembohongan yang ketara”.
Begitu juga rakan blogger kepada Trevino yang turut menulis mengenai
Malaysia, iaitu Christopher Baddeaux telah kedengaran lebih tegas,
dengan mengatakan dakwaan-dakwaan kami yang mengatakan bahawa dia
dibayar upah itu sebagai “palsu, berfantasi, dan mengelirukan”.
Christopher Baddeaux mungkin lupa bahawa dia pernah dibayar upah sebanyak USD$11,000 berhubung Malaysia.
Namun, dalam proses mengisi kenyataan pendaftaran rasmi sebagai seorang
agen asing, sebagai mana dikehendaki oleh undang-undang US, Trevino
telah akhirnya mengakui di hadapan pihak berkuasa pada bulan lepas
bahawa dia sememangnya bekerja sebagai agen berbayar untuk Kerajaan
Malaysia. Pengakuan itu telah berjaya dijumpai oleh para pemberita di US
yang telah tertarik dengan penglibatan Trevino dalam ‘perang cyber’ BN
berahsia itu.
Trevino mengakui telah menganiaya Anwar menerusi laman Malaysia Watcher, namun kenapa pula dia tidak menyentuh mengenai Sarawak Reports?
Pengisytiharan itu menunjukkan Trevino telah menerima upah sebanyak
$389,724.70 untuk tugasannya itu, dan sebahagian dari jumlah itu pula
digunakan untuk membayar khidmat sepasukan blogger untuk menyerang
tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim dan mempromosikan Perdana Menteri
Abdullah Ahmad Badawi ketika itu dan kemudiannya Najib Razak.
Juga turut disenaraikan adalah perincian pembayaran yang dibuatnya
kepada setiap seorang rakan bloggernya dari wang tersebut yang
diterimanya daripada Kerajaan Malaysia. Ianya termasuk $11,000 yang
dibayar kepada Christropher Baddeaux! Namun Trevino telah gagal
menyatakan sepenuhnya dalam kenyataannya, di mana dia juga terlibat
dengan kegiatan berprofil tinggi yang sungguh memalukan dengan Taib
Mahmud di Sarawak.
Trevino telah berkhidmat untuk Taib Mahmud dengan menubuhkan laman
sesawang Sarawak Reports, yang hampir menyerupai nama kami dan
seterusnya mengatur banyak serangan dalam usahanya untuk mencemar nama
editor kami.
Terdapat beberapa siri serangan dalam bentuk “distributed denial
attacks” terhadap server kami semasa musim pilihanraya umum 2011 yang
lalu, yang telah mengganggu laman sesawang kami secara berterusan selama
dua minggu menjelang pilihanraya itu. Trevino telah gagal menyatakan
kegiatan-kegiatan ini atau berapa banyak yang diterimanya, di mana dia
diberitakan dibayar upah sebanyak $5 juta untuk kontrak setahun dengan
Taib Mahmud di Sarawak.
Bagi dirinya, untuk menafikan penglibatannya ini dilihat serupa dengan
apa yang dinafikan oleh blogger Christopher Baddeaux dalam tahun 2011
yang lepas.
Gambar foto Badawi sedang ditemubual di rumahnya oleh Josh Trevino –“tidak pernah berhubung dengan klien”?
Saya tidak mengenali dengan siapa saya bekerja
Yang melucukan adalah penafian Trevino yang mengatakan bahawa dia tidak mengenali klien dari Kerajaan BN Malaysia.
Menurutnya semalam, semasa ditemubuah oleh seorang penulis kolum US dia
tidak pernah mempunyai “klien dari kalangan orang-orang kenamaan dari
Malaysia”.
“Saya tidak pasti dengan siapa APCO itu berurusan, tidak pasti juga dengan siapa FBC Media itu berurusan”, tambah Trevino lagi.
Namun Trevino dan rakan-rakannya telah memuatnaik gambar-gambar foto
mereka sendiri semasa bertemu dengan Perdana Menteri Badawi di rumahnya
dalam tahun 2008 dan menemubualnya bersama Zaid Ibrahim, seorang menteri
di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.
Trevino telah menulis sebuah artikel yang mencerita bagaimana Perdana
Menteri itu telah menyediakan sarapan pagi untuknya dan rakan-rakannya,
yang kini telah menjadikan dakwaan bahawa dia tidak mengenali kliennya
itu suatu pembohongan.
Josh Trevino (kiri) bersama-sama pemberita lain menemubual pembantu Badawi, Zaid Ibrahim.
Pada masa yang sama Trevino telah menjemput beberapa orang blogger US
untuk menyertai percutian berbayar di Malaysia sebagai penghargaan ke
atas penilaian yang mereka rakamkan.
Tidak lama kemudian Trevino bekerja untuk FBC Media, sebagai usaha
mereka mempromosikan Najib Razak, di mana Trevino mula menulis
artikel-artikelnya dalam laman blog yang barunya, New Ledger, dan juga
di laman-laman blog yang lain dengan mempromosikan Perdana Menteri yang
baru itu sambil mengecam hubungan Anwar Ibrahim dengan US, suatu
kegiatan di mana artikel-artikelnya turut diterbit dalam media cetak
tempatan untuk tatapan pembaca yang tidak menyedari bahawa tulisannya
dibiayai oleh orang-orang Malaysia sendiri.
Trevino dalam New Ledger – kenapakah dia gemar sangat mempromosikan Anwar yang boleh menafikan orang-orang Amerika?
Maka, adakah dia akan mengharapkan bahawa orang ramai akan percaya
bahawa dia tiada idea siapakah yang membiayai artikel-artikelnya yang
pro-Najib dan pro-BN itu?
Josh juga termasuk dalam beberapa acara perhubungan awam (PR) berbayar
yang dianjurkan oleh FBC Media di mana Najib Razak dilihat mempromosikan
dirinya sebagai seorang ‘Muslim yang sederhana’ yang boleh disokong
oleh Amerika.
Ini termasuk suatu jemputan ke Debat anjuran BBC World Service di Istanbul di mana Josh dilihat muncul secara tiba-tiba untuk bertanyakan suatu soalan membantu untuk kamera-kamera TV.
Ini termasuk suatu jemputan ke Debat anjuran BBC World Service di Istanbul di mana Josh dilihat muncul secara tiba-tiba untuk bertanyakan suatu soalan membantu untuk kamera-kamera TV.
Dan jika mereka tidak diupah kenapa pula mereka membazirkan banyak masa
dan tenaga mereka mengecam seorang tokoh politik dari Asia yang tidak
mereka kenali secara dekat, terutamanya seorang tokoh yang berfikiran
liberal dan mempunyai reputasi akademik, dan juga rapat dengan
anggota-anggota democrat di Barat?
Para blogger seperti Baddeaux telah berada di tahap hysteria apabila
mereka dengan jelasnya mengutarakan tulisan mereka kepada para pembaca
yang berobjektif (di luar lingkungan BN).
Serangan yang ofensif dan penuh fitnah terhadap Anwar Ibrahim di dalam New Ledger. Kini Trevino menyedari bahawa dia sepatutnya mengemukakan perkara yang benar setelah Sarawak Report berjaya mendedahkan kegiatan-kegiatannya pada bulan Julai 2011.
Namun, nampaknya kita masih menunggu untuk mendengar segala kebenaran
mengenai kaitannya dengan BN dan kempen-kempen mereka secara atas
talian. ~sarawak report
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.