[Dikala
media arus perdana di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan
beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas
serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas
daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut.
Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah
merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.
Menurut
sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan
wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima.
Namun bila
gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka
kesaihannya boleh dipertikaikan.
Lantaran itulah dalam pendedahan
terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam
liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu.
Ini
kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang,
tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur
dibom.
Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh
menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku.
Mereka tidak
mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa.
Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan
menimbulkan kontroversi].
PAHANG DAILY ONLINE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.