PKR
Johor kini dipangku oleh timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri Dr
Ahmad Faidhi Saidi selepas bosnya Chua Jui Meng terus tidak tampil di
khalayak umum.
Perkara ini disahkan oleh timbalan setiausaha PKR negeri Steven Choong, yang dilihat sebagai orang Chua.
Menurut Chong, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri dua hari lalu.
"Dalam
mesyuarat itu, secara sebulat suara diputuskan, ketika Chua bercuti,
kedudukannya diserahkan kepada pihak pusat untuk membuat keputusan,
tetapi beliau (Ahmad) perlu ambil peranan untuk memastikan parti
berjalan."
"Menurut perlembagaan, apabila pemimpin negeri tidak ada, timbalannya akan menjadi pemangku," kata Chong kepada Malaysiakini.
Sikap
Chua (atas) itu sebelum ini dispekulasikan ekoran perasaan tidak puas
hati terhadap keputusan pembangkang memberikan kerusi Gelang Patah
kepada pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, kerusi yang dikatakan
diintainya terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.