Padan Muka Kamu sekarang, Kata MB Perak
Dukunpasir
Siapa
pernah lupa dan tidak mungkin akan lupa pada WAJAH DAN RUPA YB YB yang
BERPALING ARAH yang menyebabkan Pakatan Rakyat TERSUNGKUR di Perak, yang
juga menyebabkan PERLANGGARAN UNDANG UNDANG Itulah mereka mereka yang
telah mencetuskan HURUHARA DI PERAK ....
Hee Yit Fong dari DAP, Osman
Jailu dan Jamaludin Mohd Radhi dari PKR ....KINI misi dan matlamat
mereka telah selesai di PERAK .....
Adakah
BN AKAN MENCALONKAN MEREKA BERTIGA sebagai membalas jasa menjatuhkan
kerajaan PERAK dari Pakatan Rakyat?? Melalui sumber dalaman.....Hee Yit
Fong BEGITU TERUJA UNTUK DICALONKAN SEMULA BAGI MEWAKILI BN .....Adakah
diterima??
INI JAWAPAN MB Perak ----Senarai calon BN Perak pada PRU13 telah dimuktamad!!
Penulis yakin dan percaya NAMA NAMA MEREKA TIDAK AKAN DICALONKAN .....melalui kenyataan ini.....
"Kami
juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan
berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada
pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di
Perak di Ipoh hari ini.
Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.
"Mungkin
ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan
sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor
populariti," katanya.
Beliau
menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri
(DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya
mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.
Mengenai
kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak
dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia
rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada
pertukaran. Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia
dapat diselesaikan".
Katanya
semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling
penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.
Ditanya
mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon
tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak
kemungkinan perkara itu boleh berlaku.
"Saya
mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak
ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah
tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.
KEPUTUSAN SUDAH DIMUKTAMATKAN.....bila disebut TAMAT.....maka tamatlah tempoh mereka bersama BN......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.