Followers

Saturday, February 9, 2013

( Video ) Najib Berlakon Dalam Iklan Tahun Baru Cina


Kerana seorang Malaun, Rosak satu iklan


Hari nie hari jumaat. Tenang sungguh pemikiran aku, biasanya huru-hura memikirkan politik Malaysia. Jadi, hari nie aku tak nak tulih artikel politik. Sebagai seorang editor,aku nak kongsi ilmu skit cara-cara membuat satu iklan yang boleh menarik minat orang.
Cuba tonton iklan diatas (Penyokong PR, jangan tak tengok. Ada benda yang kita boleh belajar). Aku nak ajar beberapa benda je.
1) Screenplay- Mengikut kualiti rating Malaysia, aku bagi B kat screenplay iklan ini. Sebabnya, iklan nie ada cerita/kisah. Yang tak fahamnya, adakah budak kecil tu bagi drum kecil kat seseorang malaun untuk belajar pukul drum? agak kabur skit disitu!
Moralnya- Screenplay merupakan nadi kepada sesebuah iklan. Oleh itu, screenplay itu haruslah menarik, jelas dan mudah difahami.
2) Target Audience/Penonton yang disasarkan- Iklan ini mensasarkan Masyarakat Cina. Sasaran itu tidak tepat kerana masyarakat Cina tidak akan tertawan hati dengan iklan-iklan yang bodek mereka kerana ini hanya iklan, realitinya berbeza.
Moralnya- Target audience perlu disasar dengan betul. Jangan salah sasaran. Contohnya, jangan sasarkan iklan NFC kat rakyat. NFC boleh sasarkan lembu kerana kumpulan lembu boleh duduk kat kondominium jika projek NFC berjaya.
3) Legal/Undang-undang- Faktor ini cukup penting dalam negara kita. Walaupun malaun yang memainkan watak penting adalah orang islam, tetapi masih boleh pakai pakaian tradisional Cina dalam bermain drum kerana malaun itu adalah PM UMNO. Oleh itu, tiada mufti yang akan kritik perbuatan itu. Jika, Ketua pembangkang islam membuat iklan yang sama, mungkin Mufti yang bernama “haramsana harusini” akan melebelkan perbuatan itu adalah syirik. Jadi, aku bagi A kat iklan nie.
Moralnya-Sebelum PRU-13 jika anda nak membuat sesuatu iklan, pastikan anda rojok hukum mufti  ”haramsana harusini” serta pastikan iklan anda pro-kerajaan pusat dan pro-kapitalis  supaya iklan itu tidak dikritik oleh mufti.
4) Character Selection/calon yang dipilih untuk memainkan watak- Faktor ini nak letak N0.2 pun boleh. Faktor ini amat penting. Mengikut kualiti yang aku tetapkan, aku nak bagi F kat ikalan ini. Sebabnya, pemilihan individu haruslah sesuai dengan watak yang dimainkan. Cuba lihat iklan ini, malaun yang pernah jerit  ”Basahkan keris dengan darah Cina“, dipilih untuk memainkan watak utama dalam iklan yang mesra masyarakat Cina. Mana kena tempat?
Moralnya- Apabila wajah malaun ditunjukkan dipenghujung iklan, maka segala emosi positif yang dicipta oleh iklan sejak awal tadi, telah lebur serta digantikan dengan perasaan negatif seperti marah, meluat, fedup dan sebagainya.
Jadi, apa yang kita dapat belajar secara total daripada iklan diatas ialah “Kerana seorang Malaun, Rosak satu iklan”
Setakat itu saja pada hari ini. Time’s Up…..
Aku nak pi dengor khutbah, Bagaimana konsert PSY DIHARUSKAN mengikut hukum  Mufti  ”haramsana harusini?” 
Gong Xi Fat Cai kepada rakan-rakan masyarakat Cina.
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.