Assalamualaikum,,..
Ingatkah
lagi, Ummi Hafilda, superwoman yang menjadi pembela kepada Azizan Abu
Bakar yang diliwat DSAI?
Bermati matian Ummi mempertahankan Azizan yang
menjadi hampir sasau ketika itu kerana trauma yang tidak terhingga.
Dalam usahanya, Ummi turut membabitkan beberapa orang lagi termasuk
kakak iparnya dan abang kandungnya.
Hebat Ummi. Kemudian DSAI didapati
bersalah dan dihukum penjara, sementara Azizan mendapat sebuah syarikat
yang dibongkar oleh sebuah stesen TV Australia.
Masih
ingatkah lagi peristiwa hitam itu? Kini Ummi muncul kembali, terbaru
selepas berkahwin dengan lelaki idamannya. Ummi memimpin sebuah NGO yang
mahu membela artis pula yang dakwanya diabaikan sehingga dikatakan 80%
dari kalangan artis menyertai pembangkang terutamanya PAS.
Sebelum
itu, Ummi pernah muncul dengan seorang budak lelaki baru (lupa namanya)
yang turut didakwa dizalimi oleh DSAI, tetapi kemudiannya hilang
sehingga Ummi muncul kembali dengan penampilan barunya.
Akan tetapi
persoalan yang timbul, kenapa Ummi sudah lupa tentang Azizan yang pernah
dibelanya? Di mana Azizan sekarang?
Khabar
yang pernah penulis dengar ia lah Azizan sekarang berada di Melaka
Tengah. Kata sumber yang memberitahu, kalau nak jumpa Azizan pergilah ke
Melaka Tengah dan kalau lihat ada pemuda yang merayau rayau dengan
pakaian orang gila, itulah Azizan. Azizan sasau.
Betul ke
maklumat ini. Mungkin orang Melaka boleh sahkan. Namun yang menjadi
tanda tanya kenapa Ummi Hafilda, superwoman 1Malaysia boleh melupakan
terus Azizan begitu saja? Bukankah dia dimangsakan oleh DSAI dan
perlukan pembelaan malah perlukan rawatan berterusan bagi merawat
traumanya itu?
Mudahnya
seorang yang menyebabkan seorang yang lain terpenjara dilupakan
terutama oleh superwoman yang pernah membela dan menjaja cerita
bagaimana dia diliwat.
Sekaranglah masanya Ummi boleh menampilkan semula
Azizan kepada negara bagi membolehkan terbongkarnya kelakuan buruk DSAI
dan mampu memberikan kelebihan kepada BN.
Bukan
dengan membawa isu lain dan melupakan kisah liwat Azizan. Isu artis
pula, sepatutnya bukan kerana 80% dari mereka jadi pembangkang, tetapi
kenapa artis luar Psy boleh dibayar sehingga mencecah jutaan RM untuk
pertunjukkan selama 15 minit perlu dipersoalkan. Artis tempatan
melopong.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.