KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim seharusnya ditolak daripada menjadi perdana menteri sejak
dari dulu, kata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sepatutnya dari dulu lagi dah tolak Anwar," kata Dr Mahathir kepada pemberita yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, kelmarin.
"Patut tolak dia dah lama dah, orang yang berkelakuan macam itu macam
mana nak terima," tegas Dr Mahathir seperti yang dilaporkan laman berita
The Malaysian Insider.
Laporan akhbar Umno, Mingguan Malaysia kelmarin di muka hadapan
melaporkan Majlis Syura Ulama Parti Islam SeMalaysia (PAS) didakwa
menolak Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri.
Memetik sumber, laporan akhbar Umno itu turut berkata sehubungan itu
persoalan siapa yang bakal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan
Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya kembali berbangkit.
"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu
kejutan kerana sentimen di kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli
parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga ketua
pembangkang menjadi perdana menteri.
"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu...
Apabila ahli PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai perdana menteri," kata sumber
tersebut dipetik Mingguan Malaysia.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan
laporan media mengatakan Majlis Syura menolak idea Datuk Seri Anwar
dilantik sebagai perdana menteri sekiranya menguasai Putrajaya dalam
Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) sebagai dakwaan mengarut.
Menteri Besar Kelantan turut menyalahkan Umno yang dikatakan sengaja mencipta isu berkenaan sedangkan Majlis Syura yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan hal tersebut.
"Itu mengarut, tak ada apa, Umno suka buat fitnah, benda tak ada apa-apa
lagi, dia tak tahu dosa pahala, bila manusia tolak agama ia tidak dapat
mengawal mereka," katanya di sini, yang dipetik Sinar Harian.
Nota: Kenyataan Tun Mahathir di atas menggambarkan kecelaruaan
mindanya atau kebarangkalian beliau telah diserang sawan anjing gila.
kERAJAAN RAKYAT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.