MELAKA 4 FEBRUARI: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan
Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana,
Alor Gajah, petang semalam.
Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan
menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.
Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak
menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap
atur cara sambutan.
Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin
terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka. “Jadi, upah
orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita
ingin sampaikan.
“Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah
kelak. Apakah ia salah? “Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah
RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi
milik rakyat.
“Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan
berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar
Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK),
Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.
Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun
sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat. “Tapi
saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan
mereka mahukan perubahan,” katanya.
~keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.