Musa Hassan Musang Berbulu Ayam..
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pembangkang berkemungkinan mewujudkan semula undang-undang seumpama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah Amerika Syarikat menggunakan akta yang mirip sama dengan akta tersebut.
"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka, tidak mustahil akta seumpama ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.
"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.
Khamis lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan dengan apa jua cara walaupun ISA sudah tiada lagi.
Selain itu, Musa turut menegaskan ‘Arab Spring’ boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.
Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.
“Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.
“Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan,” katanya.
Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.
“Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.
“Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Musa turut mempertikaikan pihak pembangkang yang sering menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran dalam sesetengah isu.
Katanya, tindakan tersebut telah menyebabkan timbul persepsi negatif rakyat terhadap pasukan keselamatan.
"Bagaimana pihak yang bertindak memburukkan pasukan keselamatan boleh memerintah negara? Jadi bagi saya, orang begini yang akan menganiaya orang lain," katanya ~ Sinar Harian
Apa Dibimbangi Terhadap Musa Telah Terjadi - MSO
Apabila beliau gagal untuk menyusup di dalam PAS dan memecah belah kepaduan PAS dengan parti Pakatan Rakyat khasnya PKR, beliau membuat tektik dan strategi lain.
Musa memang seorang hebat dan tidak tahu malu muka. Seorang tali barut yang bagus. Bayaran atau pun benefit yang bakal diperolehinya kalau misinya berjaya mungkin dapat membayar segala malu aid dan maruahnnya yang tergadai kerana aksi itu.
Selepas gagal mengetuk pintu PAS dia berjinak-jinak pula dengan Anwar Ibrahim. Langkah pertama dia menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Anwar di dalam satu laporan polis menuduh dia terlibat dalam menyembunyikan maklumat bersama Ghani Petail.
Penarikan balikan saman itu mengejutkan bukan saja Anwar tetapi orang ramai juga. Apa lagi ianya bukan atas kehendak Anwar.
Semua orang naik bingung dan mula merasakan Musa seorang yang baik dan lebih diharapkan dia akan membantu perjuangan Anwar kononnya atas rasa insaf kerana menyusahkan Anwar sewaktu era reformasi dulu.
Mereka yang berhati lembut mulai merasa lunak dengan Musa dan suka sangat kalau dia berbalik hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Kehadiran Musa itu akan disambut dengan pulut kuning dan ayam panggang.
Keberanian diambil oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Fauzi Shaari dijadikan ukuran bagaimana hati nurani Musa terbuka dan menginsafi apa yang berlaku.
Begitulah selalunya rakyat bersangkat baik kepada penjawat awam, walaupun rekod penjawat awam itu cemar dan buruk dan menyakitikan hati mereka sewaktu memegang kuasa.
Sebenarnya beberapa bulan sebelum Musa cuba menjinak diri dengan PAS sudah ditaburkan propoganda kononnya Musa seorang yang kuat bersembahyang.
Nama ayahnya Hassan Azhaari digunakan untuk mernunjukkan akan ketinggian budi dan akhlak bekas IGP ini. Saya sudah hairan kenapa nama Musa tiba-tiba dijaja dengan sebegitu rupa.
Belum pernah selama beliau berkhidmat di dalam pasukan polis nama baik dan maruah ayahnya ditimbulkan bersama namanya. Rupa-rupanya ada muslihat di sebaliknya.
Seperti kata tadi selepas gagal menjinakkan PAS dia cuba menjinakkan Anwar pula.
Anwar juga mulanya sudah mulai termakan dengan perangkap Musa dan mulai hendak jinak dengan Musa Hasan.
Begitulah Anwar seorang yang tidak tahu berdendam dan pemafaat serta redha atas takdir yang berlaku mudah bersangka baik.
Dia tidak tahu implikasi di sebalik bersangka baik sebab itu dia selalu kena main dalam manis oleh konspirator yang hendak menjatuh dan memusnahkan kerjaya politiknya.
Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat.
Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu.
"You tahu Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita. Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya.
Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya. Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami.
"Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria. Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja.
Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebaoik batu.
Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya. Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan.
"Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas.
Adik Anwar, Rosli yang berdiri di sampng kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...," Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar.
Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu.
"Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya.
"Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula.
Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan.
Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa. Dia tidak senang dengan gelagat saya. Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya.
"Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya."
Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak. Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa.
Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa.
Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR.
Dan, Musa Hasan ternyata frust dengan dua kegagalan itu; menyertai PAS dan berbaik dengan Anwar.
Rasa kecewa Musa ini jelas sekali apabila beliau telah meralatkan semula kritikan beliau ke atas polis yang agak lantang sebelum ini dengan mengatakan jangan salah anggap sikap vokalnya kepada polis.
Sebelum ini, sewaktu hendak berbaik dengan Anwar bukan main lagi dia mengkritik kepimpinan polis yang kononnya berlaku penyalahgunakan kuasa.
Penjelamaan beliau dalam majlis Bicara Mahathir, di Karangkraf beberapa minggu lalu pula menjelaskan siapa dia Musa sebenarnya. Kehadiran itu menunjukkan keakraban dia dengan Mahathir dan masih melaksanakan misi atas kehendak Mahathir?
Dia masih belum berubah dan apa yang cuba dilakukan sebelum ini adalah strategi dan sandiwara semata-mata.
Terbaru tuduhan Musa kononnya Pakatan Rajkyat akan menghidupkan semula akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apa tujuan dan motifnya. Tuduhan itu jelas berniat jahat ke atas Anwar Ibrahim.
Dia mahu agar orang Melayu marah kepada Anwar. Tuduhan itu menjelaskan betapa busuk pahitnya hati Musa Hasan.
Dia ini sanggup melakukan saja untuk survivenya. Kalau dia tahu asal usul dan perjuangan menentang ISA dia tidak akan buat tuduhan itu.
Dia tidak akan tergamak untuk bercakap bohong dan menyatakan sesuatu yang semua tahu. Siapakah yang memperjuangkan untuk memansuhkan ISA. Apakah Umno dan Mahathir atau pun Anwar dan Pakatan Rakyat?
'Debek' dan 'ngor' sangatlah sebagai bekas IGP tidak mengetahui sejarah mengenai ISA dan perjuangan menentang akta berkenaan. Jadi sekali lagi tindakan dan fitnah Musa itu menggambarkan rupa dirinya sebenar.
Dalam banyak hal saya nampak Musa sama mempunyai watak dan bentuk hati seperti Mahathir. Suka melempar batu sembunyi tangan dan mengamalkan politik kotor tanpa mengira masa dan ketika. Yang penting semua itu akan memuaskan hatinya.
Bila mengenangkan kecelaruan Musa hari ini saya merasa bahagia kerana apa yang saya bimbangi terhadapnya tidak sempat menjadi kenyataan.
Musa gagal untuk memecah belahkan PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menjadi tali barut atau pun musang berbulu ayam dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat. [wm.kl.1:19 pm 02/02/13]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.