Bab inilah yang aku menyampah sesangat kat Wanita Keadilan
Pemimpin
lelaki tak pernahpun kecoh nak kan calon lelaki ditambah. Wanita
Keadilan ni kecoh betul la, baru setahun dua kenal politik, dah
mengenyam nak jadi calon. Bila tak dicalonkan, haaa.... mula la tarik
muka 14... macam terompah senget... nyampah aku.. ahakzzz.
Wanita
Keadilan ni berjuang dalam parti jenis mengenyam nak jadi calon
agaknya! Tak malu ke pada Muslimah PAS yang berjuang dengan ikhlas tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran, apatah lagi untuk dicalonkan.. !!!
Nampak sangat wanita Keadilan ni seakan sama spesis dengan wanita Umno.
Jenis cari glamour. Menyampah aku...
KEADILAN yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar
pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Ketua
Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang
komited dengan perjuangan parti.
Menurutnya,
peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut
agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.
“Kita
mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan
prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besar seperti calon
lelaki.
“Setakat
ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih
dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya
kepada Keadilan
Daily.
Zuraida
berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi
apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.
“Rakyat
tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha
keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini
rekod pemimpin wanita masih bersih.
“Alhamdulillah,
semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras,
tidak akan ada halangan untuk menang. Muka-muka lama InsyaAllah kita kekalkan,
tapi pastinya ada penambahan muka-muka baru,” jelas Ahli Parlimen Ampang itu.
Dalam
PRU 12 pada 8 Mac 2008, lapan calon wanita KEADILAN berjaya memenangi kerusi
peringkat Parlimen dan DUN.
Daripada
itu, KEADILAN berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.
Pakatan
Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan 196 kerusi DUN
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.