Followers

Thursday, February 14, 2013

Himpunan Terhebat Sejak Merdeka !!

Himpunan Paling Hebat Yang Pernah Dianjurkan Di Malaysia Adalah HIMPUNAN BERSIH Yang Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil... 
 
Banyak Kenangan Suka Dan Duka Kita Harungi Demi Untuk Minta Pihak Berkuasa Menegakkan Keadilan Dalam Pilihanraya. Ayuh Kita Imbas Kembali....

BERSIH

Berlangsung pada 2007. Peserta berarak ke Istana Negara lama ketika itu bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. Perarakan dari Masjid Negara lancar. 
 
Bagi di Masjid Jamek pula, berlaku pertembungan antara peserta & FRU. Masa nie, rakyat masih belum memahami apa itu Bersih & tuntutannya. Penganjurnya Adalah Hj Mohamad Sabu & kebanyakan yang hadir adalah Melayu. 
 
Dengan himpunan inilah juga PRU12 pada 2008 BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

BERSIH 2.0

Berlangsung Pada 9 Julai 2011. Pengerusi penganjurnya pula ialah Datuk Ambiga Sreenevasan. Rancangan awal lokasi utama ialah di Masjid Kampung Baru, Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan berkumpul di Dataran Merdeka. 
 
Selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah, penganjur perhimpunan menerima tawaran kerajaan untuk berhimpun di Stadium Merdeka. 
 
Namun, kerajaan berbohong dalam janjinya dengan menghalang peserta menggunakan Stadium Merdeka dengan alasan itu adalah tempat bersejarah.

Detik itu juga UMNO melalui PATRIOT turut mengadakan himpunan bagi membantah perhimpunan BERSIH 2.0. Mereka berkumpul di Bukit Bintang yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin. 
 
Namun, PATRIOT tidak berjaya dalam himpunannya kerana jumlah yang hadir amat sedikit berbanding peserta BERSIH 2.0. 
 
Peserta dan penganjur bergegas menuju ke Stadium Merdeka namun dihalang Polis dengan menyuraikan peserta menggunakan gas pemedih mata dan water canon. 
 
Maka berlaku kejar mengejar antara Polis dan peserta.Beratus-ratus ditahan dan ditempatkan di Pulapol sebelum dibebaskan. 
 
Ketika ini, penyertaan masyarakat Cina & India kelihatan ramai kerana mereka telah memahami apa itu perjuangan yang dituntut BERSIH. DS Anwar, Sasterawan Negara, A. Samad Said & Tuan Guru Hadi Awang turut terkena semburan gas pemedih mata ketika itu. 
 
Tuan Guru Hadi turut ditahan sebelum dilepaskan beberapa jam kemudiannya.

BERSIH 3.0

Perhimpunan Bersih 3.0 (juga dipanggil Duduk & Bantah) pula dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur. Ia dianjurkan NGO BERSIH dengan sokongan Pakatan Rakyat. 
 
Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. 
 
Kaedah perhimpunan rakyat menerusi BERSIH 2012 ini pada mulanya dicadangkan oleh penganjur untuk diadakan secara aman yakni para peserta diminta 'duduk bantah' di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang hingga 4 petang. 
 
Namun, ianya dihalang kerajaan dengan menggunakan sistem kehakiman apabila KDN memohon mahkamah melarang orangramai menghampiri Dataran Merdeka pada tarikh tersebut. Maka, penganjur telah memutuskan untuk tetap berhimpun disitu seberapa dekat yang boleh. 
 
Pada malam sebelum menjelang BERSIH 3.0, suasana di Dataran Merdeka umpama pesta apabila seawal jam 8 malam peserta telah berkumpul disitu dengan membunyikan hon, menyanyi dan sebagainya sementara menanti keesokan harinya.

Penyertaan pelbagai kaum telah membuatkan BERSIH 3.0 berjaya memupuk perpaduan yang kuat dikalangan rakyat Malaysia. 
 
Peserta telah berkumpul di Masjid Negara, Petaling Street, Kg Bharu, Puduraya dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka. Himpunan berjalan aman dan lancar. 
 
Namun disaat acara hendak selesai & peserta bersurai, sekali lagi peserta bertempur dengan pihak Polis gara-gara ingin "menawan" Dataran Merdeka. Maka berlakulah semburan water canon & gas pemedih mata oleh pihak Polis terhadap peserta. 
 
Maka berlakulah tuding menuding antara pihak polis & peserta Bersih melalui penganjurnya melalui sidang media. 
 
Video banyak dimuatturun di Youtube bagi menunjukkan kepada orang ramai dan dunia siapa yang mulakan provokasi terlebih dahulu.

BERSIH 3.0 Ini juga mencipta sejarah apabila ia turut dianjurkan di ibukota utama seluruh dunia yang menyaksikan kebangkitan rakyat Malaysia yang mahu Pilihanraya Bersih & ADIL. 
 
BERSIH 3.0 Turut Diadakan Di Ibunegeri Seluruh Malaysia Seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, johor Bharu, Kelantan & Terengganu.

JANJI BERSIH

Diadakan pada malam 30 Ogos 2012 menjelang Hari Kemerdekaan. Pertama kali ia dianjurkan pada waktu malam. Ribuan membanjiri persekitaran Dataran Merdeka. 
 
Ketika itu, Dataran Merdeka turut ditutup untuk segala aktiviti. Mereka berkumpul sedekat yang boleh. Malam itu kelihatan sekali lagi rakyat berbilang kaum bersama meraikan tuntutan BERSIH. 
 
Berlaku sedikit kontroversi apabila ada peserta menunjukkan punggung kepada gambar PM & ada beberapa orang membawa bendera SANG SAKA MALAYA. 
 
Himpunan diakhiri dengan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 (KEMUNCAK)

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (singkatan, KL112 atau HKR112) adalah sebuah perhimpunan tunjuk perasaan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tanggal 12 Januari 2013. 
 
Ia dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai ketua. 
 
Tempat utama yang dipilih adalah Stadium Merdeka di Kuala Lumpur, tempat pengisytiharan kemerdekaan negara ini pada 1957. 
 
Ia turut disertai dengan Lynas, FELDA, Royalti Minyak, BERSIH serta isu rasuah dan penyelewengan. Ia juga sempena pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

Polis Diraja Malaysia telah menyarankan penganjur untuk mengadakan rapat umum di Stadium Nasional Bukit Jalil, bukan di Stadium Merdeka. 
 
Dalam persediaan menghadapi KL112, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menutup Dataran Merdeka untuk mencegah peserta untuk berkumpul di lokasi itu. 
 
Pemerintah juga telah melarang pegawai kerajaan untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 
 
Banyak institut pendidikan tinggi negeri di Malaysia telah meminta kerajaan melarang mahasiswa dan pelajar untuk tidak menghadiri tunjuk perasaan tersebut. 
 
Namun, rata-rata yang hadir kebanyakannya golongan muda dan mahasiswa yang tidak mengendahkan larangan tersebut.

Walaupun perhimpunan rasmi di stadium hanya bermula pada jam 2 petang, orang ramai sudah mula hadir di ibu kota seawal pagi. Ribuan orang hadir Solat Subuh di Masjid Negara. 
 
Para peserta kemudian berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara sebelum bergerak beramai-ramai menuju Stadium Merdeka. Tiada sebarang sekatan dijalankan polis. 
 
Selain Masjid Negara, tempat berkumpul termasuklah Amcorp Mall PJ, Masjid Arrahman UM, Brickfields, KLCC, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Pasar Seni dan Jalan Sultan. 
 
Para peserta memakai baju dengan berbagai-bagai warna mengikut tema yang dipilih atau isu yang disokong. 
 
Empat warna tema utama ialah kuning (BERSIH), hijau (anti Lynas), oren (ANAK FELDA) dan merah (royalti minyak).

Di stadium, peserta yang tiba awal menunaikan solat Zohor di tengah padang. Selepas nyanyian Lagu Negaraku, perhimpunan rasmi bermula dengan ucapan beberapa wakil NGO diikuti pimpinan PR. 
 
Antaranya wakil GMI, orang asal, BERSIH 2.0, ANAK, SMM dan Himpunan Hijau. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyampaikan sajak bertajuk "Di atas padang sejarah". 
 
Seterusnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merangkap pengarah HKR berucap. Beliau diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
Acara seterusnya ialah bacaan ikrar 'deklarasi rakyat' yang dipimpin Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bacaan doa yang dipimpin Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Laungan Azan Asar dan nyanyian Lagu Negaraku menjadi penutup kepada himpunan bersejarah ini.

Para peserta yang tidak dapat masuk ke stadium kerana penuh mendengar ucapan dari luar stadium. 
 
Peniaga yang membuka gerai di perkarangan stadium dilaporkan mencatatkan untung besar. Kebanyakan premis restoran dan warung tepi jalan turut laku. 
 
Himpunan dijangka lebih dari 100 000 tapi yang dilaporkan oleh media arus perdana adalah sekitar 30 - 40 ribu.

BERSIH & #KL112 AKAN TERPAHAT DALAM SEJARAH UNTUK RENUNGAN GENERASI AKAN DATANG TENTANG BETAPA PAYAHNYA GENERASI TERDAHULU BERJUANG UNTUK MASA DEPAN MEREKA YANG TERJAMIN DARI KETIDAKADILAN SANG PENGUASA... 
 
SESUNGGUHNYA, SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

#Secebis nukilan ADMIN KBBUTV3 yang diambil dan diolah dari pelbagai sumber untuk tatapan warga Kami Boikot Buletin Utama TV3 ::.kikiki.::

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.