UMNO tolak hudud sebelum PAS kerjasama dengan DAP.
Kepada orang Melayu, Umno berkata PAS ialah kuda tunggangan DAP. Kepada orang Cina pula, MCA berkata DAP ialah kuda tunggangan PAS.
Inilah politik tidak beretika dimana amalannya ialah 'lain kenyataan kepada lain kaum' dengan tujuan untuk memperdayakan semua lapisan masyarakat.
Strategi ini juga boleh digelar sebagai
'strategi pecah dan perintah' supaya masyarakat jangan bersatu untuk
menolak BN.
Dalam pilihanraya umum tahun 1999, ramai orang Melayu telah menolak BN tetapi undi Cina dan undi dari masyarakat India telah menyelamatkan BN.
Dalam pilihanraya umum tahun 1999, ramai orang Melayu telah menolak BN tetapi undi Cina dan undi dari masyarakat India telah menyelamatkan BN.
Hakikatnya, Umno telah menjadi kuda tunggangan MCA dan pada pilihanraya umum tahun 2008, undi Melayu telah menyelamatkan MCA ketika MCA telah ditolak oleh masyarakat Cina.
Jika bukan kerana undi Melayu pada masa
itu, MCA pun telah dikuburkan.
Umno juga memerlukan undi Cina untuk
membantunya mengekalkan kuasa seperti yang telah berlaku pada tahun
1999.
Isu kuda tunggangan ini dibangkitkan oleh BN padahal BN yang pandai menggunakan kuda tunggangan.
Bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) pula, para pemimpin dan penyokongnya akan sama-sama menunggang kuda ke Putrajaya.

Sudah tidak jauh lagi, hanya
tinggal 50km sahaja ke pintu gerbang utama. Kuda pun masih penuh
bertenaga.
Dijangka kita akan tiba pada awal bulan April 2013 yang
diharap akan menjadi tarikh yang bersejarah nanti.
Semoga Tuhan akan mengurniakan kepada kita kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi segala cabaran dalam usaha kita melawan kezaliman.
Semoga Tuhan akan mengurniakan kepada kita kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi segala cabaran dalam usaha kita melawan kezaliman.
Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.