Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang
spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi
dibuat mengenai perkara itu.
“Kenyataan mengenai perkara tersebut
(tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk
membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan
bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.
Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.
Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.
“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan
Senator untuk MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana
tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum
lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.

Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong,
parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN
berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti
pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.
Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.
“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah
dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia
seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.