Cerita ajaib |
Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke
Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid
Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah.
Sementara menanti lampu
isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner
yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari
Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato
Raja Nong Chik.
Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri
boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama
menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini.
Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan
Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner
promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika,
diturunkan.
Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit
sebelum lampu bertukar ke hijau.
Rupanya perancangan Allah lagi Maha
Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki
bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul
Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!
Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya
hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau
meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.
Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri
banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri
sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban..
Rakan FB Nurul Izzah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.