Berita Panas!!! Ketua Cawangan Umno keluar parti, masuk KEADILAN
BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua
Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN
dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi
sempena kemasukan mereka.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.
“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan
tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan
bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.
“Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima.
“Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima.
Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan
kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa
teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia,” jelas
Suhaimi.
Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.
“Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini,” tambah Suhaimi.
“Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.