Followers

Friday, February 22, 2013

Anwar Kecam Pencacai Najib Posted by Addin Deen

KUALA LUMPUR 22 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan samseng Umno ke atas kumpulan Gerakan Mahasiswa (GM13) ketika mengedar risalah sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kecam serangan kasar dan biadab terhadap mahasiswa di Pekan,” katanya pada twitter.

Gambar samseng Umno Pekan yang terlibat dalam serangan dan ugutan terhadap mahasiswa yang tersebar di internet turut dimuat naik di twitter beliau.

Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukhari menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu.


Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Pekan.

Antaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.


Semalam, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, serangan tempohari tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak serik dan akan kembali ke Parlimen Pekan, selepas pembubaran parlimen.

Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon,” katanya pada sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman semalam.


Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada polis.

Memorandum itu diserahkan kepada Urus Setia Ketua Polis Negara, Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman, ASP N Kavetha.

Bersama memorandum itu, kumpulan pelajar itu turut menyerahkan beberapa keping gambar termasuk wajah 16 individu yang didakwa menyerang mereka.


Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu berkata, beliau meminta polis menjalankan siasatan segera.

“Kita dah buat satu serahan memorandum pada PDRM untuk meminta siasatan dijalankan dengan segera terhadap keganasan yang dibuat pada mahasiswa tempohari.

“Kalau kita nak kata penduduk tempatan, waktu kita pergi rumah ke rumah, penduduk tempatan tak ada masalah. 

Tapi ketika di bandar Pekan, beberapa individu itu keluar daripada bangunan Umno Bahagian,” katanya lagi. 

~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.