Followers

Wednesday, February 13, 2013

ALI RUSTAM LANGGAR FATWA ZAKAT MELAKA


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak lama dulu mengaku bahawa Kompleks MAIM berhampiran Masjid Al Azim dibina menggunakan wang lebihan zakat Melaka. 

Ianya berjumlah RM13.5 juta. Beliau berkata wang lebihan zakat itu dipinjam untuk membina bangunan tersebut.
Ini bukan tuduhan dan fitnah, tetapi ianya kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Menteri dalam ucapan beliau pada satu majlis tidak lama dahulu. Persoalannya kini apakah wang lebihan zakat boleh disalurkan kepada selain dari asnaf????

Jawapannya di sini (klik atas imej untuk membacanya).



Sila teliti betul-betul e-fatwa di atas.


Item No.2 - Penggunaan dan Perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan bagi setiap asnaf pada tahun tersebut.


Jelas sekali wang lebihan zakat ini telah diselewengkan dengan menyalurkan wang tersebut kepada bukan asnaf yang layak.


Rakyat Melaka mesti mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang berani melanggar fatwa tentang wang lebihan zakat ini.


Kalau wang zakat pun mereka selewengkan bagaimana pula dengan wang yang lain??????? 



MUTALIGAT - Telus Dan Tepat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.