Macamana kita nak yakin dengan Daftar Pemilih kalau ahli SPR yang
bertanggungjawab hasilkan dan selia daftrar pemilih tu kita tak percaya.
MStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa supaya peristiwa yang berlaku di Sabah sehingga mengakibatkan tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak dikaitkan dengan integriti SPR hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jaminan kepada daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan dipastikan dibuat secara telus dan lebih ‘bersih’.
“Apa yang berlaku pada 1990 jangan dibandingkan dengan sekarang, itu (RCI) pun sedang berjalan dan kita tak tahu keputusannya. Yakinlah daftar pemilih Malaysia ini adalah bersih, kalau tak bersih, kamu boleh periksa sendiri dan beritahu SPR,” kata Abdul Aziz. - mStar.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Senang-senang pengerusi SPR yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni nak kita yakin daftar pemilih sekarang ni bersih.Nak yakin macamana kalau orang macam aku pun boleh kesan yang selama ni daftar pemilih memang tak bersih macam aku tulis dalam posting bertajuk "Ni bukti senarai nama pengundi hantu di Perak"
Bersih apanya kalau sorang ada dua nama dengan no kad pengenalan lama sama tapi no kad pengenalan baru berbeza 2 angka.
Memang nama-mana tu dah dibersihkan tapi apa jaminan takdak kes-kes lain yang kita tak terjumpa lagi setakat ni.
Kalau SPR benar-benar nak Daftar Pemilih dilihat bersih dan telus, yang pertama sekali semua ahli SPR yang ada sekarang ni tak dibuang dan digantikan dengan orang lain yang memang dilihat telus.
Pasainya semua nama depa ni dah terpalit dengan aksi-aksi dikalangan depa terutama yang berjawatan pengerusi tambalan pengerusi dan setiausaha SPR yang beraksi macam 'si anjing Umno'.
Yang keduanya, selepas semua ahli SPR yang ada tu diganti, SPR kena buat satu tindakan drastik besar-besaran untuk membersihkan daftar pemilih, dan tindakan tu perlu dibuat secara telus.
Kalau SPR dah buat macam tu kot baru boleh nak percaya yang daftar pemilih memang benar-benar bersih.
Macamana kita nak yakin dengan Daftar Pemilih kalau ahli SPR yang bertanggungjawab hasilkan dan selia daftrar pemilih tu kita tak percaya.
Contoh macam kenyataan terbaru Pengerusi SPR tu macam yang juga dilaporkan mStar:
“Dalam dunia ini, walaupun di negara maju mana sekalipun, tiada daftar pengundi 100% bersih. Kamu beritahu saya. Biar saya tanya dia macam mana dia buat (daftar pengundi bersih).
“Kalau hari ini kita dah bersihkan, minggu depan ada 10 orang meninggal, ia akan dikira dirty, lucut kewarganegaraan juga dirty, dari semasa ke semasa, setiap hari kita bersihkan daftar pemilih mengikut undang-undang untuk pastikan ia bersih,” tambah beliau. - Ibid.Kalau jawapan 'dajai' macam ni yang selalu keluar dari mulut ahli SPR, macamana kita nak yakin depa ni bersih dan telus.
Orang tak pertikaikan dah pasai senarai orang yang dah meninggal atau yang dah kena lucut kewarganegaraan. Aku sendiri contohnya yang memang sentiasa pantau Rang Daftar Pemilih Tambahan memang boleh terima kerja buat SPR berkenaan senarai orang yang dah meninggal ni.
Yang kita pertikaikan adalah berkenaan pengundi hantu contohnya macam yang berlaku masa PRU 2004 di Terengganu, macmana boleh satu peratus keluar mengundi ada yang lebih 90% pada hal peratus keluar padahal di tempat-tempat lain cuma srkitar 80%.
Contoh yang jelas bila Dewan Pemuda PAS berjaya tunjukkan bukti ujud lebih 10ribu pengundi klon. Kecoh sat masa tu sampai tahap laman web JPN yang sediakan khidmat semak kad pengenalan hentikan khidmat online tu.
Sebelum DPP bagi bukti senarai nama tu, Timbalan Pengerusi SPR dengan angkuh kata pengundi klon tak ujud dan cabar bagi bukti.
"Tampilkan individu berkenaan kalau PAS mempunyai bukti yang kukuh, selain menghantar senarai nama dan dokumen berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) kepada akhbar Sinar Harian hari ini. - Ibid.Kesimpulannya, takdak sapa yang akan percaya yang Daftar Pemillih kita bersih selagi SPR tak bersungguh-sungguh nak bukan saja membersihkan daftar pemilih tu tapi kena bagi dilihat bersih dan telus.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/yang-perlu-spr-buat-kalau-nak-orang.html#ixzz2JUBk6lWN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.